Aiman gariskan lima agenda untuk Semenyih
HULU LANGAT: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali
mengumumkan lima tekad yang menggambarkan komitmennya untuk membangunkan
Semenyih.
Lima tekad itu adalah Semenyih lestari, Semenyih selamat, Semenyih maju, Semenyih sihat dan Semenyih terhubung, yang dilancarkan menjelang empat hari sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Sabtu ini.
Muhammad Aiman berkata, ia dilancarkan selepas beliau berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan mengenal pasti lima tekad yang realistik untuk direalisasikan pada penggal ini, serta selari dengan belanjawan kerajaan negeri.
"Saya ingin mempersembahkan lima tekad saya untuk Semenyih. Saya nak bantu membangunkan Semenyih, Insya-Allah selepas menang, dan dengan perhubungan dengan kerajaan negeri serta Kerajaan Pusat di bawah PH, kita akan dapat laksanakan kelima-lima tekad ini.
"Lima tekad ini adalah perjuangan saya untuk rakyat Semenyih. Harapan saya dan dengan sokongan kerajaan negeri, insya-Allah kita dapat laksanakannya dalam masa yang terdekat ini," katanya ketika berucap di hadapan lebih 150 penduduk Pansapuri Bandar Rinching, Semenyih dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa.
Muhammad Aiman berkata, tekad Semenyih lestari ialah perjuangannya untuk memelihara dan memulihara ekosistem di Semenyih sebagai hutan simpan tadahan air dan meningkatkan potensi ekopelancongan di Selangor.
Katanya, Semenyih selamat pula adalah untuk memperkukuh ikatan bandar dan desa bagi memastikan keselamatan dan menurunkan kadar jenayah domestik diturunkan
"Ketiga, Semenyih maju adalah bagi memastikan pembangunan ekonomi Semenyih dan Selangor memberi manfaat secara terus kepada rakyat Semenyih.
"Semenyih sihat pula adalah untuk menaik taraf klinik kesihatan dan mewujudkan Smart Selangor Mobile Clinic yang dapat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada penduduk.
"Kelima adalah Semenyih terhubung, iaitu memanjangkan perkhidmatan bas Smart Selangor dan menaik taraf terminal bas serta teksi di Semenyih," katanya.
Sementara itu, Amirudin berkata, lima tekad diumumkan Muhammad Aiman adalah menepati kehendak serta keperluan bagi penduduk Semenyih, sama ada di kawasan pedalaman atau bandar.
Amirudin turut memberi 'restu' terhadap lima agenda perjuangan anak muda berusia 30 tahun itu, dengan memberi petanda bahawa ia dapat dilaksanakan pada penggal ini.
"Kerajaan negeri akan melihat program sedia ada seperti bas Smart Selangor yang boleh kita panjangkan (ke Semenyih)," katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.