Nama Ahmad Zahid Hamidi kembali menjadi perhatian dunia
politik tanah air apabila beliau menyatakan kesediaannya untuk kembali
menerajui Umno "bila tiba masanya".
Menurut anggota parlimen Bagan Datuk itu, berdasarkan kasyaf ulama, akan berlaku peristiwa besar dalam negara dan pada masa itu beliau akan kembali memimpin Umno.
Apa
perkara besar itu tidak pula diperjelaskan presiden Umno yang sedang
bercuti itu, namun berdasarkan pengamatan peristiwa besar yang
diharapkan Ahmad Zahid itu berkemungkinan besar Umno kembali berkuasa
dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Bagaimana caranya itu
sukar untuk diramal, sama ada Umno akan membentuk kerjasama dengan PKR
dan PAS bagi mengusai Dewan Rakyat ataupun tidak mustahil juga Bersatu
dan Umno akan rujuk kembali.
Lawan tukar jadi kawan
Dalam
politik tiada yang mustahil, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sejak
puluhan tahun bermusuh dengan DAP, tetapi akhirnya boleh bersama dalam
satu bahtera.
Begitu juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri
Pertahanan Mohamad Sabu sekian lama bermusuh dengan Mahathir, tetapi
akhirnya mengangkat pengerusi Bersatu itu sebagai perdana menteri.
Begitulah seni politik tiada yang mustahil, kawan tidak selamanya dan lawan juga boleh bertukar menjadi kawan.
Namun,
bukan isu itu yang ingin diperkatakan, apa yang ingin diperhalusi
adalah kesediaan Ahmad Zahid untuk kembali menerajui Umno, apakah sesuai
dengan masanya ataupun sebaliknya?
Tidak dinafikan, Ahmad Zahid
telah dipilih secara demokrasi oleh ahli Umno untuk memimpin parti
dominan terbesar orang Melayu itu.
Umno bukan lagi bahtera kerajaan
Namun,
situasi dan masanya sedikit berbeza. Umno kini bukan lagi bahtera
kerajaan, sebaliknya parti yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) lalu.
Umno memerlukan pembaharuan, perlu dilihat lebih segar dan bertenaga untuk menghadapi cabaran baru sebagai pembangkang.
Oleh
itu Umno perlu dipimpin oleh nakhoda yang bersih dan bebas daripada
sebarang masalah, yang sukar untuk pihak lawan menyerang batang tubuh
pucuk kepimpinan.
Nama Ahmad Zahid Hamidi kembali menjadi perhatian dunia
politik tanah air apabila beliau menyatakan kesediaannya untuk kembali
menerajui Umno "bila tiba masanya".Menurut anggota parlimen Bagan Datuk itu, berdasarkan kasyaf ulama, akan berlaku peristiwa besar dalam negara dan pada masa itu beliau akan kembali memimpin Umno.
Apa
perkara besar itu tidak pula diperjelaskan presiden Umno yang sedang
bercuti itu, namun berdasarkan pengamatan peristiwa besar yang
diharapkan Ahmad Zahid itu berkemungkinan besar Umno kembali berkuasa
dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Bagaimana caranya itu
sukar untuk diramal, sama ada Umno akan membentuk kerjasama dengan PKR
dan PAS bagi mengusai Dewan Rakyat ataupun tidak mustahil juga Bersatu
dan Umno akan rujuk kembali.
Lawan tukar jadi kawan
Dalam
politik tiada yang mustahil, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sejak
puluhan tahun bermusuh dengan DAP, tetapi akhirnya boleh bersama dalam
satu bahtera.
Begitu juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri
Pertahanan Mohamad Sabu sekian lama bermusuh dengan Mahathir, tetapi
akhirnya mengangkat pengerusi Bersatu itu sebagai perdana menteri.
Begitulah seni politik tiada yang mustahil, kawan tidak selamanya dan lawan juga boleh bertukar menjadi kawan.
Namun,
bukan isu itu yang ingin diperkatakan, apa yang ingin diperhalusi
adalah kesediaan Ahmad Zahid untuk kembali menerajui Umno, apakah sesuai
dengan masanya ataupun sebaliknya?
Tidak dinafikan, Ahmad Zahid
telah dipilih secara demokrasi oleh ahli Umno untuk memimpin parti
dominan terbesar orang Melayu itu.
Umno bukan lagi bahtera kerajaan
Namun,
situasi dan masanya sedikit berbeza. Umno kini bukan lagi bahtera
kerajaan, sebaliknya parti yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) lalu.
Umno memerlukan pembaharuan, perlu dilihat lebih segar dan bertenaga untuk menghadapi cabaran baru sebagai pembangkang.
Oleh
itu Umno perlu dipimpin oleh nakhoda yang bersih dan bebas daripada
sebarang masalah, yang sukar untuk pihak lawan menyerang batang tubuh
pucuk kepimpinan.
Ini
bukan bermakna satu "hukuman" terhadap Ahmad Zahid yang belum
dibuktikan bersalah di mahkamah dengan puluhan pertuduhan yang
dilemparkan terhadap beliau.
Namun, adalah lebih baik sekiranya
beliau terus berjiwa besar dengan menyerahkan kepimpinan kepada Mohamad
Hasan sehingga kes yang dihadapinya selesai dan jika beliau berjaya
membersihkan namanya.
Redakan gelombang lompat
Sememangnya
Ahmad Zahid berjiwa besar, memikul tanggungjawab untuk memimpin parti
ketika dalam keadaan sukar dan menyerahkan tugas kepada timbalannya
ketika parti dilanda badai.
Pendekatan yang diambil oleh beliau
dengan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat membuahkan hasil.
Ribut yang melanda Umno dengan gelombang lompat parti berjaya diredakan.
Bahtera
Umno kembali tenang, ketenangan itu akhirnya menterjemahkan kemenangan
sulung buat Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Nasihat orang-orang agama dan ilmuan, ketenangan pastinya akan membuahkan hasil yang lebih baik.
Berundur
selangkah ke belakang juga tidak semestinya mengalah, Ahmad Zahid
bukanlah seorang yang tewas dengan hanya menyerahkan tugas presiden
kepada Tok Mat hanya kerana mahu menyelamatkan Umno.
Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang yang sebenar yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Tok Mat disenangi
Hakikat
itulah yang perlu ditelan oleh pemimpin Umno, parti terbesar orang
Melayu perlu melakukan transformasi yang menyeluruh dengan nafas baru
sekiranya ingin kembali memenangi hati rakyat.
Dalam situasai hari
ini, untuk mengatasi defisit kepercayaan Umno harus dipimpin oleh tokoh
yang dilihat bersih dan disenangi rakyat.
Umno tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang akan menjadi sasaran pihak lawan kerana kelak yang terkesan adalah parti itu.
Kepimpinan Tok Mat
dilihat disenangi kawan dan lawan, tidak salah jika bekas menteri besar
Negeri Sembilan itu diberi peluang untuk memperkasakan kembali Umno
dengan Ahmad Zahid menyokong dari belakang.
Sehingga
kini, agak sukar untuk melihat pihak lawan menyerang batang tubuh Tok
Mat kerana beliau masih bersih darpada sebarang isu.
Oleh itu, momentum baik yang ada pada Umno ketika ini tidak seharusnya direncatkan oleh 'come back' yang merugikan parti.
Kembalinya Zahid boleh rencat kebangkitan Umno
Reviewed by editorreformis
on
Februari 09, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
By TK Chua I am trying to explain, based on my experience and observations, why the RM18 billion that was supposed to be in the “GST r...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.