Kutuk sikap biadap hina Rasulullah SAW
NGO Pertubuhan Generasi
Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengutuk perbuatan biadap seorang netizen
bernama Foo Sing Wai yang telah menghina junjungan mulia, Rasululah SAW
dan isteri Baginda SAW dalam posting Facebooknya.
Tindakan bodoh ini bagi kami terhasil
kerana sifat prejudis dan anti Islam individu tersebut, apatah lagi
dalam carian, menyatakan bahawa individu ini didakwa ahli DAP.
GENERASI melihat, ia satu perbuatan
sengaja menyalakan api perbalahan dan memarakkan rasa benci kepada Islam
dan doktrinasi Islamophobia.
Sehubungan itu, kami menggesa pihak
keselamatan khasnya pihak Polis segera mengambil tindakan ke atas Foo
Sing Wai ini kerana keceluparan melampau.
Kami tidak teragak-agak mengerahkan
seluruh umat Islam mengadaka bantahan besar-besaran atas isu ini demi
menjaga serta mempertahankan kemulian dan keagungan baginda Rasulullah
SAW.
GENERASI sekali lagi melaungkan amaran agar non-Muslim tidak terus melakukan provokasi melampau ini kerana kesabaran umat Islam ada batasnya.
Memangkin Impian Generasi
Presiden NGO GENERASI




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.