PAS sahkan suara audio Nik Abduh
PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada
Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz.
"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar.
"Yang disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu saja, banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan.
"Dari minit pertama hingga minat terakhir, " katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu
isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali
timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar
mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2
Februari lalu.
Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian hari ini mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.
Bagaimanapun, menjelang PRU14, Nik Abduh telah pun menafikan rakaman audio itu, berkata ia bukan suaranya.
“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.-Mkini




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.