Saya agak terganggu dengan beberapa hantaran media sosial
pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang menyalahkan media kerana sering
memuatkan artikel yang dikatakan sensasi.
Mereka turut berhujah,
Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan media tidak boleh dibiarkan
terlalu bebas dan perlu dikawal oleh kerajaan, kerana kerajaan dipilih
oleh rakyat.
Seruan terhadap Akta Berita Palsu turut
dikumandangkan - katanya baik untuk memastikan media tidak melaporkan
berita yang semborono atau palsu.
Kenyataan-kenyataan seperti ini
tidak wajar wujud, terutamanya daripada mereka yang konsisten menyatakan
rakyat telah memilih Malaysia Baharu pada PRU14.
Mengawal media
dengan erti kata menentukan mana yang ‘sensasi’, ‘betul’, ‘beretika’ dan
seumpamanya bukanlah kriteria Malaysia Baharu, tapi Malaysia pilu.
Warga
media tanpa mengira jenis, ideologi dan gaya harus mempertahankan
kedaulatan media, terutamanya selepas PRU14 – pada saat demokrasi di
Malaysia kurang sihat akibat defisit ‘semak imbang’.
Kalau tak ada angin, pokok tak akan bergoyang
Kebanyakan pimpinan PH yang melatah adalah mereka yang menjadi ‘mangsa’ kesensasian laporan berita media.
Mereka
menuding jari kepada media kerana dikatakan media cuma mahu memilih
tajuk yang sensasi dan hanya mahu menulis laporan yang boleh menjatuhkan
kredibiliti mereka.
Bagi saya, hujah seperti ini cukup dangkal.
Pada asasnya laporan media yang diambil berasaskan kejadian atau ucapan
sebenar seseorang. Melainkan media itu berhajat untuk disaman, boleh
dikatakan apa dilaporkan adalah hal yang sememangnya berlaku.
Bagaimana
media melaporkan, atau bahan apa yang mahu diambil terpulang kepada
mereka. Selalunya bergantung pada ‘nature’ media tersebut, jika mereka
mesra pembangkang sudah tentu mereka bekerja keras untuk mencari
kesalahan yang boleh dieksploitasi.
Oleh itu, tugas anda sebagai
politikus, berhati-hati dan responsif. Jika terdapat laporan yang
mengelirukan, segeralah dijawab dengan tegas.
Adakah
individu-individu ini ingin kerajaan melakukan ‘micro-manage’ dengan
membekalkan tajuk, mengawal selia artikel atau melantik pasukan
editorial dari kerajaan? Bunyinya sahaja sudah cukup mengarut.
Saya membaca banyak laporan ‘nakal’ terhadapan pimpinan PH, kebanyakan laporan itu terhasil kerana ulah mereka sendiri.
Mengambil
contoh insiden Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik katanya ingin
memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah, dia memang berkata begitu. Hal
ini terjadi kerana dia ‘koyak’ di dalam Parlimen.
Begitu juga
dengan isu hartawan Arab yang disebut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid
Samad. Adakah dalam kes ini media juga yang salah? Atau memang
politikus yang celupar?
Akta Berita Palsu datang lagi?
Sebagai
orang yang waras, sudah tentu kita tidak mahu membaca berita palsu dan
usaha membendung berita palsu. Namun permasalahan Akta Berita Palsu akan
berbalik kepada satu soalan yang fundamental - siapa yang akan
menentukan ‘berita palsu’?
Lupakah kita bagaimana peranan besar Sarawak Report dalam membongkar dan menyedarkan rakyat tentang isu 1MDB?
Lupakah kita bagaimana Sarawak Report pernah
dihalang aksesnya di Malaysia kerana dikatakan mengandungi berita palsu
atau boleh menggugat keharmonian negara? Saya tidaklah terlalu
menggemari Sarawak Report, tapi ia adalah contoh yang paling mudah.
Kita bimbang jika apa-apa kritikan, pertanyaan atau dakwaan terhadap kerajaan akan dilihat sebagai fake news.
Tambahan lagi, kita sudah memiliki banyak akta yang boleh digunakan
untuk menghadapi laporan berita palsu, bahkan telah beberapa kali
digunakan - contohnya saman fitnah.
Lebih
aneh, kebanyakan pemimpin yang menyeru Akta Berita palsu merupakan
mereka yang menentangnya. Sikap seperti ini kelihatan menjadi kegemaran
beberapa individu dalam PH – bangkang ketika menjadi pembangkang, sokong
ketika menjadi kerajaan.
Ia tidak konsisten, dan memalukan. Baiki prestasi, itu yang rakyat akan lihat.
Jika
seseorang melakukan persetubuhan dan berjaya menanam benih pada ovum
pasangannya pada malam keputusan PRU14, maka sudah tentu dia akan
menjangkakan untuk menerima cahaya mata tak lama lagi.
Hujah masih
baharu tidak boleh lagi dijadikan alasan oleh pimpinan PH yang mahu
menjerut media. Masih baharu tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi
dungu, kerana kemahiran berhadapan dengan media boleh dipelajari dalam
tempoh yang singkat.
Kita tidak perlu tunggu hutang negara kurang untuk itu. Saya mahu kerajaan hari ini berjaya, saya benar-benar mahu.
Keberanian
rakyat menukar kerajaan perlu diberikan penghargaan. Tiada penghargaan
yang lebih besar selain daripada menjadi kerajaan yang baik dan
mengutamakan isu periuk nasi rakyat.
Setakat ini belum kelihatan, kerajaan perlu bekerja keras untuk itu. Bukan berfikir bagaimana perlu mengawal media. RAHMAN IMUDA merupakan pegamal media dan bekas aktivis mahasiswa.
Politikus celupar, bukan media yang nakal
Reviewed by editorreformis
on
Februari 12, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen pembangkang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Kerajaan mengadakan Mesyuarat Kabinet pada har...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.