Potong gaji menteri, bukan elaun nelayan
LUMUT: Kehidupan para
nelayan kian terhimpit berikutan Elaun Sara Hidup mereka telah
dikurangkan selepas Belanjawan 2019 lalu dan kini hanya menerima RM200
sebulan.
Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun
Ahmad berkata, pihaknya mendengar sendiri keluhan para nelayan hasil
tinjauan dilakukan dengan mengadakan pertemuan bersama mereka semalam.
Menurut beliau, para nelayan sebelum ini
menerima RM300 sebulan, namun sejak pemerintahan baharu Kerajaan PH,
nasib golongan itu nampaknya semakin diabaikan.
Terang beliau, para nelayan meluahkan,
pemotongan tersebut bukan sahaja menyebabkan bebanan, bahkan semakin
menekan kehidupan harian mereka berikutan harga barang semakin tinggi.
Rata-rata nelayan juga ujarnya,
mempersoalkan elaun kecil mereka itu dipotong, sedangkan elaun para
Menteri yang besar dan sepatutnya bekerja menjaga kebajikan rakyat tidak
pula dipotong.
"Sekiranya mereka gagal menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat, selayaknya elaun mereka yang perlu dipotong
terlebih dahulu, bukan rakyat marhaen," katanya menyampaikan keluhan
itu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.