https://critoxium.com/shop/

Terkini

Salahuddin Ayub Yang Ku Kenal

Oleh Marzuki Ismail

Sallehuddin Ayub itu bukanlah orang senang. Beliau bukan dilahirkan dalam keluarga bangsawan. Kehidupan beliau sebenarnya jauh lebih susah drp para petani , nelayan dan penoreh getah. 

Masih kuingat waktu beliau mula-mula berkecimpung dalam pas Johor.


 Beliau bekerja dengan Pas Johor. Pas Johor waktu itu, boleh dibilang dengan jari. 

Tak ada orang yg sokong pas apatah lagi jadi ahli pas. Jika masuk pilihanraya, pas Johor hilang deposit. 

Kerja dengan pas Johor, gaji Rm400. Gaji ciput byk tu kayakah? 


Beliau pula tak pernah ada di rumah. Urusan keluarga byk ditanggung oleh isterinya. Sepanjang masa sibuk dengan urusan parti. 

Hidup keluarganya sempit. Kerana kesempitan hidup, isterinya mengambil upah menjahit baju untuk menampung kehidupan keluarga. 

Sebab tu, aku tak hairan jika Beliau mudah tersentuh dengan kemiskinan para petani. 


Beliau biasa hidup susah. Beliau kenal erti kesusahan itu. Sebab itu, Beliau mudah menitiskan air mata.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.