Siapa yang mahu rampas kuasa?
Oleh ROSLAN SMS
AKHBAR The Star hari ini membawa tajuk utama muka depan “The numbers game is on”, dan disebut “A
race to get more MPs on their side in Parliament is gaining momentum
following whispers of a coup being mounted to unseat Tun Dr Mahathir
Mohamad as Prime Minister.”
Maksudnya masing-masing parti sedang
berebut bilangan kerusi. Perebutan untuk mendapatkan suara teramai di
Parlimen sedang berlaku berikutan desas-desus “rampasan kuasa” untuk
menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Ini
bukan pembohongan PAS sebagaimana dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim,
mahupun fitnah dan palsu sebagaimana dakwa Lim Guan Eng. Ianya
dilaporkan oleh The Star bukannya Harakah dan The Star bukan menceduk sumber dari PAS tetapi desas-desus di luar sana.
Mengapa Anwar dan Guan Eng marahkan PAS dan desak supaya PAS pula yang kemukakan bukti “rampasan kuasa” itu?
Isunya jika berlaku ketidakyakinan dan
hilang kepercayaan terhadap Tun sebagai Perdana Menteri, sudah pastilah
ia akan berpunca dan bermula dari kalangan Pakatan Harapan sendiri. Undi
tidak percaya dari blok pembangkang tidak mampu jatuhkan Tun kecuali ia
datang dari dalam kerajaan.
Apabila Tun umumkan partinya menerima
beberapa Ahli Parlimen Umno sebagai ahli Bersatu, DAP dan PKR yang
berang dan marah. Apabila Tun umumkan partinya mahu melebarkan sayap ke
Sabah sekaligus mejadi wadah menerima ahli-ahli Parlimen Umno Sabah yang
lompat meninggalkan Umno, DAP dan PKR juga yang naik angin.
Sepatutnya yang buat penafian adalah Anwar dan PKR serta Guan Eng dan DAP bukannya PAS.
Anwar dan Guan Eng perlu ke hadapan
mengisytiharkan yang parti mereka akan terus menyokong Tun sebagai
Perdana Menteri dan tidak melihat sebagai ancaman usaha Tun untuk
mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam Parlimen.
Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap?
Kecuali memang PKR, DAP dan Pan tidak
senang dengan Tun dan beberapa langkah politiknya kebelakangan ini. Tun
kini dilihat sebagai ancaman serta liabiliti lantas usaha perlu diambil
untuk menghentikan pengaruh Tun itu. Anwar perlu naik sebagai PM. Adakah
begitu?
Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap? Inilah
desas-desus yang dikutip oleh The Star dan pihak media. Ia bukannya
berpunca dari PAS tetapi dari dalam PH.
Anwar dan Guan Eng bersuaralah.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.