https://critoxium.com/shop/

Terkini

Terima kasih PAS, kata Syed Saddiq selepas diserang penyokong BN

KAJANG: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepada Unit Amal PAS kerana membantunya ketika diserang penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih.

Syed Saddiq berkata, tanpa bantuan Unit Amal PAS dan pihak polis, beliau tidak pasti apa yang akan berlaku terhadapnya.

“Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN.

“Saya terhutang budi kepada polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang,” katanya menerusi kiriman Facebook.
Catatan itu turut disertakan dengan klip video berdurasi 1.07 minit yang menunjukkan Syed Saddiq diserbu sekumpulan penyokong BN di kawasan perumahan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau tidak mengambil serius serangan berbentuk cacian.
“Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, ini sudah melampau” katanya.

Beliau juga berkata, laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sungai Way pada jam 2.00 petang ini berhubung insiden tersebut.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.