https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS janji tak sokong Umno di Semenyih, kata Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji kepadanya untuk tidak menyokong Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, kali ini.

Pengerusi PPBM itu berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Hadi semalam.
“Saya bincang berkenaan dengan politik, tentang PAS yang tidak akan menyokong Umno pada PRK Semenyih.

“Dia beritahu tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani olehnya,” kata Dr Mahathir ketika menghadiri Pesta Demokrasi Forsea Kuala Lumpur 2019, hari ini.
Semalam, pemimpin PAS yang diketuai Hadi mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Dr Mahathir di pejabat PPBM di Yayasan Al-Bukhary.

Namun, penyokong PAS dilihat turun beramai-ramai pada hari penamaan calon hari ini yang dilihat berarak bersama penyokong Barisan Nasional dan calonnya, Zakaria Hanafi.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat turut kelihatan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.