https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wajib bohong untuk selamatkan orang

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan berbohong mengenai isu kesahihan rakaman audio seorang pemimpin PAS, malah mendakwa perkara itu “wajib”.

Beliau berkata langkah itu tidak ada masalah kerana dibuat bagi “menyelamatkan orang” daripada “penjenayah”, lapor Malaysiakini.

“Di sini wajib kita kena bohong untuk selamatkan orang. Tak boleh cakap benarlah. Jadi adalah sebab-sebabnya,” kata presiden PAS, malam tadi.

Namun Hadi menyatakan, setakat ini beliau belum meneliti laporan mengenai rakaman audio tersebut kerana “tidak ada masa mendengar” termasuk “sibuk hal-hal lain”.

Hadi berkata demikian merujuk rakaman audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengesahkan suara itu miliknya pada 12 Februari, tetapi menafikannya sebelum ini.

Wakil PAS itu kelmarin pula mendakwa tindakan tidak bercakap benar diambil demi menjaga rahsia parti, dan ia pernah dilakukan allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am mereka.

Nik Abduh, minggu lalu memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Baru berkenaan kes dana RM90 juta.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.