Penulis Julia Yeow telah merumuskan
kontroversi terkini dengan baik: Segulung ijazah bukan cerminan
terhadap seseorang, tetapi berbohong tentang hal itu mencerminkan
dirinya.
Sementara itu wartawan Malaysiakini, Zikri Kamarulzaman - antara yang terawal mengulas kontroversi ini - telah mengemukakan hujah bernas tentang mengapa integriti lebih baik daripada segulung 'ijazah'.
Hal
ini barangkali berkait rapat dengan fenomena sesetengah orang yang suka
menggunakan darjah kebesaran - Datuk, Datuk Seri, dan Tan Sri - palsu
pada nama di kad perniagaan mereka.
Mengapa kita begitu obses dengan darjat dan gelaran, sampai sanggup menipu?
Ini
mungkin berpunca daripada kurangnya keyakinan diri, ditambah pula
dengan kecenderungan untuk melalui jalan pintas ke arah pengiktirafan
dan populariti.
Kita boleh menganggap tingkah laku sedemikian
biasa bagi penipu dan “scammer”, tetapi amat membimbangkan jika ia
melibatkan kalangan pemimpin tertinggi kerajaan kita.
Tahap pendidikan yang rendah memang membimbangkan, tetapi integriti yang rendah lebih membimbangkan.
Tanda-tanda curiga
Bagi
saya, kurangnya kepintaran seseorang itu bukan kerana dia tiada ijazah,
tetapi apabila memilih untuk membeli ijazah dari Cambridge
International University.
Tindakan itu menunjukkan dua
kemungkinan: Dia tidak menjangka tindakan itu akan diketahui orang atau,
lebih parah, dia sendiri tidak sedar telah membeli ijazah dari
universiti palsu.
Berikut beberapa tanda menunjukkan universiti tempat anda membeli ijazah mungkin tidak sah atau tidak berwibawa.
Pertama:
Semua tenaga pengajar mempunyai pelbagai ijazah, dimulakan dengan
kelulusan (misalnya "PHD") dan hanya diikuti dengan lokasi yang ditulis
dalam tanda kurungan - misalnya "(London)".
Ia seolah-olah memberi
anggapan hanya ada satu universiti di London, atau satu sahaja yang
menyediakan pendidikan peringkat PHD. Kepada sesiapa yang ragu-ragu,
izinkan saya tegaskan - ini tidak benar.
Kedua: Nama tempat
universiti itu sendiri dieja dengan salah. Misalnya, Auckland dieja
sebagai 'Aukland' dan Scotland menjadi 'Socttland'.
Ketiga: Gambar
tenaga pengajar yang lebih menyerupai pelakon filem remaja era 1980-an,
atau lebih sesuai di kalatog laman mencari jodoh atas talian.
Masa untuk seppuku?
Harapnya pemimpin tertinggi negara kita bukanlah jenis yang mudah termakan dengan penipuan tahap scam emel Nigeria 419.
Kita
juga berharap para pemimpin sedar kita bukan lagi hidup di era lampau.
Zaman sekarang, setiap pergerakan kita diawasi orang ramai di internet.
Reaksi individu itu - setelah tembelangnya pecah - juga menunjukkan peribadinya yang sebenar.
Ketua yang tegas akan menuntutnya melakukan seppuku, tetapi kita mungkin belum sampai ke tahap meletakkan pendang Jepun di tangan mereka.
Bagaimanapun,
tindakan memutar belit selepas berbohong selalunya hanya menjadikan
keadaan bertambah buruk. Apatah lagi dengan mendakwa berbohong mengenai
ijazah tidak seburuk membunuh atau merogol.
Apabila sudah ditangkap terang-terang - in flagrante delicto - satu-satunya jalan keluar untuk ahli politik adalah insaf dan bertaubat.
Saya
telah bertemu dengan ramai individu yang tiada ijazah dan saya yakin -
tanpa sebarang keraguan - mereka lebih pandai daripada saya.
Sentiasa
merendah diri, tidak mendabik dada, dan jujur, mereka adalah orang yang
bukan dihormati kerana perkataan di pangkal atau belakang nama, tetapi
kerana perkataan yang dibaca dan diucap mereka.
Memang wajar untuk menambah baik diri sendiri - dengan atau tanpa pengiktirafan luaran.
Dalam mencari jalan untuk memperbaiki diri ini, kita mesti sedar bahawa jalan pintas tidak wujud sama sekali.
Ia
jalan yang sukar dan saya sama sekali tidak akan berkata tahu
jawapannya. Walaupun kita belum ada peta atau jawapan, cukup jelas
bahawa jalan itu tidak melalui Cambridge International University.
NATHANIEL TAN adalah Pengarah Media dan Komunikasi di EMIR Research,
badan pemikir dengan fokus terhadap penyelidikan dasar berteraskan
data, berteraskan nilai perundingan, kesederhanaan, inovasi dan
kerapian.
Tiada jalan pintas untuk mengejar ilmu
Reviewed by editorreformis
on
Februari 09, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
By TK Chua I am trying to explain, based on my experience and observations, why the RM18 billion that was supposed to be in the “GST r...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.