Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil
memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita
palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
"Dengan rasa bersalah dan rendah hati, saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan pada posting yang saya printscreen (tangkap layar) kenyataan Wan Azizah.
"Setelah
menyemak status berita berkenaan ia jelas tidak benar sama sekali.
Kelamahan saya (apabila) menerima berita tersebut adalah kesilapan sikap
saya yang tidak berhati-hati dan tidak cermat dalam menapis berita
ini," kata Rozi dalam kenyataan di Facebooknya.
Terdahulu, Rozi memuat naik perkongsian berita bertajuk 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'.
"Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " katanya mengiringi perkongsian tangkap layar itu.
Selepas memuat naik kenyataan mohon maaf, beliau turut memadam perkongsian berita palsu berkenaan.
Sementara
itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Roslan Ismail berkata, pihaknya
melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun
tersebut.
Tindakan itu, katanya, tidak sesuai dengan taraf
sebagai pemimpin PAS dan mereka tidak sepatutnya memburukkan pemimpin
negara apatah lagi bertindak sebagai "ejen penyebar fitnah".
"Saya
hormat dan kagumi beliau selaku pemimpin di negeri ini, tapi tidak
sangka beliau mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak nakal.
"Walaupun
kita mempunyai ideologi politik berbeza tetapi beliau sepatutnya
meletakkan rasa hormat kepada pemimpin negara termasuk timbalan perdana
menteri," katanya.
Jelas Roslan, PKR Kelantan akan meneliti perkara itu dan menyerahkan kepada Wan Azizah sama ada mahu mengambil tindakan.
Sementara
itu, Roslan turut mengingatkan penjawat awam agar tidak terlalu galak
menggunakan media sosial untuk mengkritik kerajaan.
Katanya,
mereka tidak boleh bertindak melampaui batas dengan ruang dan kebebasan
bersuara yang diberikan kerajaan persekutuan kini.
Adun PAS mohon maaf lepas sebar berita palsu fitnah TPM
Reviewed by editorreformis
on
Mac 12, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.