Apabila pertukaran rejim berlaku selepas PRU ke-14, rakyat berada
dalam dalam keadaan suka ria meraikan pembaharuan negara dan kasih
sayang sesama kita sebagai masyarakat.
Akhirnya, kita berjaya
membuang kepimpinan kleptokrat dan Malaysia boleh meluncur deras menuju
kegemilangan. Semangat baru ini malah kita gelar sebagai "kelahiran
Malaysia Baru”.
Walau bagaimana pun, pada hemat saya, pada 9 Mei
‘Malaysia Baru’ belum pun lahir lagi, ia hanya baru bersenyawa di rahim
sebuah struktur demokrasi baru tanah air kita. Namun begitu kita tetap
dijunjung serata dunia sebagai obor harapan untuk demokrasi.
'Anak
kandungan' hasil perjuangan bersama kita selama separuh abad yang belum
lahir ini berada dalam mod survival bergelut dengan berbagai ancaman
dari pelbagai sisi.
Banyak pihak yang punya kepentingan
sendiri sedang menepis usaha membina dan menyatukan negara. Mereka
sedang bekerja keras secara terang-terangan dan diam-diam untuk
menghasut supaya suasana menjadi berwaspada, terancam dan berbahaya.
Malah
mereka adalah petualang sama yang menyatukan kesatuan besar rakyat
Malaysia pada PRU ke-14; bukan sahaja musuh sama yang terpalit dengan
korupsi dan kleptokrasi, tetapi juga ancaman yang sama iaitu keganasan,
terrorisme dan perkauman yang cuba merampas perjuangan kita untuk
identiti Malaysia Baru. Orang gila dalam kegelapanKetika
dahulu, elemen-elemen ini mengugut masyarakat melalui salah guna kuasa
institusi dan pemerintahan. Namun, mereka akan rugi segalanya jika
keamanan terganggu dan kestabilan tergugat.
Tambah lagi,
mereka telah disemak dan disederhanakan oleh seteru mereka yang cintakan
keamanan dan pejuang kebebasan untuk keharmonian dan perpaduan.
Musuh
yang kalah bukanlah musuh yang hilang. Askar yang gencat senjata tidak
semestinya adalah angkatan yang termansuh. Ancaman luar kawalan adalah
lebih bahaya berbanding ancaman dalam kawalan.
Jika orang
gila dalam penglihatan kasar kita, kita boleh lari dan sembunyikan diri,
namun orang gila dalam kegelapan adalah orang yang bolehn menyerang
kita di mana dan bila-bila masa sahaja.
Ancaman
dan elemen-elemen ini masih di luar sana - tewas, namun sedang
mengumpul semula kekuatan, menghendap-hendap untuk membunuh Malaysia
Baru - cuma sekarang mereka tiada lagi berkehendak untuk mengekalkan
keamanan dan kestabilan.
Malah sebaliknya: ketidakstabilan,
syak wasangka dan konflik adalah alat sempurna untuk mereka menggandakan
diri dan galak meradikalkan akar umbi, organisasi, seruan dan matlamat
permainan mereka.
Kita kini menyaksikan hampir setiap minggu,
aksi-aksi ekstrem ganas yang secara strategiknya diaturkan untuk
menghasut tekanan dan rasa cemas.
Perasaan ini kemudiannya diacu kepada isu-isu agama dan kaum untuk memecahbelahkan masyarakat kepada garis kaum dan agama.
Hal
ini telah menjadi batu loncatan kepada politik identiti aras lebih
tinggi. Kekerasan kepada mahasiswa dan wartawan baru-baru ini
misalannya, sedang secara taktikalnya dijelmakan melalui rangka
perkauman oleh mereka kepada masyarakat awam.
Menghasut kepada ketidakstabilan
Bahasa
yang digunakan oleh pihak yang teratur ini juga menghasut perang dan
ketaksuban - di samping secara separa sedar mempropagandakan mentaliti
perang antara kaum dan agama.
Anggota masyarakat secara tidak
sedar dan secara mudah terpengaruh dengan retorik, lalu menjadi mangsa
salah maklumat dan akhirnya membantu menyebarkan naratif ekstrem.
Platform
media sosial seperti WhatsApp sememangnya berkuasa dalam mempengaruhi
perubahan positif, namun pada masa yang sama juga menyebarkan ucapan
kebencian dan tuduhan palsu.
Semua
ini dieksploitasi sepenuhnya oleh puak radikal ini. Memanfaatkan
pengalaman dan kemahiran media sosial yang diperoleh dan didanai oleh
kuasa naungan politik yang lalu, mereka dengan handalnya menggunakan
kemahiran yang sama untuk menghasut ketidakstabilan dan kekacauan kepada
negara.
Taktik bahaya bermain-main dengan ekstremisme ini
bukanlah baru. Rantau kita ini sudah biasa dengan kekacauan politik
negara jiran kita selepas Jokowi meraih kuasa.
Kita telah
melihat bagaimana parti yang kalah dalam demokrasi sekarang menggambil
pendekatan ekstrem untuk menghasut kebencian terhadap kelompok minoriti
yang membawa kepada perhimpunan raksasa dan pemenjaraan Ahok.
Ada
pengajaran yang boleh diambil di sini. Kita mesti berwaspada terhadap
ancaman kepada keselamatan negara. Negara kita ini memerlukan naratif
dan cerita baru, yang memerlukan kita sedar dan akui terhadap ancaman
nombor satu: mereka yang bermatian untuk merampas kuasa melalui naratif
ekstrem dan kebencian untuk memisahkan masyarakat kita kepada konflik
kaum dan agama.
Mereka mestilah tidak dibenarkan untuk kembali berkuasa. Mereka mestilah ditahan daripada membunuh kelahiran Malaysia Baru.
Mereka
mesti dihalang daripada meradikal dan menakut-nakutkan anak muda
daripada memilih keganasan dan ekstremisme. Mereka mesti dihentikan
daripada memesong negara kita untuk merealisasikan keutuhan, perpaduan,
keadilan dan demokrasi.
Hal ini bukanlah perjuangan kecil, ianya
usaha dan kewajipan semua manusia sedunia melawan ekstremisme yang kita
mesti mulakan di tanah watan kita di sini; demi memastikan lahirnya
Malaysia Baru, dan demi mempertahankan dan mengekalkan keamanan dunia.
Ekstremisme musuh Malaysia Baru
Reviewed by editorreformis
on
Mac 30, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.