Tahun lalu DUN Rantau sepatutnya menjadi medan pertarungan satu lawan
satu antara calon BN dan PH tetapi pilihan raya kecil kali ini telah
bertukar menjadi pertembungan empat penjuru pada 13 April ini.
DUN
Rantau dikosongkan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu
memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang
mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding calon Umno, Mohamad Hasan
sebagai tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan.
Ini
berpunca daripada langkah pegawai SPR menghalang calon PKR Dr S Streram
daripada memfailkan kertas pencalonannya ketika pilihan raya umum 2018.
Kedua-dua mereka kembali ke gelanggang hari ini, tetapi berhadapan saingan tidak terduga daripada dua calon bebas.
Berikut merupakan panduan Malaysiakini mengenai calon-calon PRK Rantau dalam pertembangan empat penjuru ini:
Mohamad Hasan
Lahir
dan dibesarkan di Rantau, Mohamad mula memenangi kerusi Rantau pada
tahun 2004 dan menjadi menteri besar Negeri Sembilan pada tahun yang
sama.
Dikenali penduduk setempat sebagai Tok Mat, beliau berjaya
mempertahankan kerusi itu sehinggalah menang tanpa bertanding pada
PRU14.
Kerjaya politik pemimpin berusia 62 tahun itu bersinar pada
Julai tahun lalu apabila beliau memenangi jawatan timbalan presiden
Umno, sebelum mengambil alih tugas daripada Ahmad Zahid Hamidi sebagai
presiden pada bulan Disember.
Di bawah kepimpinan beliau, jalinan
kerjasama Umno dengan PAS semakin erat, yang membawa kepada kejayaan di
Cameron Highlands dan pilihan raya kecil Semenyih tahun ini.
Dr S Streram
Streram
sepatutnya bertanding di Rantau pada tahun lalu tetapi dihalang
daripada masuk ke pusat penamaan kerana beliau tidak mempunyai pas
daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Beliau mendapatsatu lagi
peluang bertanding di kerusi itu selepas petisyen pilihan rayanya
berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Seorang
pakar bius dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman, Streram berkata
beliau mula bekerja bersama akar umbi di Rantau sejak tiga setengah
tahun lalu.
Ini akan menjadi pilihan raya pertama yang ditandingi beliau.
R Malar
Tidak
banyak yang diketahui mengenai suri rumah berusia 50 tahun ini, tetapi
dia memulakan kempennya dengan mengadakan protes senyap selama dua hari.
Beliau
berkata ini bagi membantah BN yang didakwa tidak membenarkan calon
mereka bercakap di Cameron Highlands, dan PH melakukan perkara yang sama
di Semenyih.
Bagaimanapun, kedua-dua calon itu bercakap dengan media semasa kempen masing-masing.
Menurut The Star,
Malar tinggal di Kanada selama 25 tahun dan sebahagian besar waktunya
disana dihabiskan dengan bekerja sebagai juruhebah radio dan penerbit
program.
Dia dijangka memperkenalkan manifesto beliau dalam beberapa hari akan datang.
Malar menggunakan logo pokok untuk pilihan raya ini.
Mohd Nor Yasin
Anak tempatan Gemencheh berusia 66 tahun itu pernah menjadi orang PAS dan masih mendakwa dirinya ahli parti itu.
Mohd Nor pernah bertanding kerusi parlimen Gemencheh pada tahun 2013.
Bagaimanapun, PAS mengesahkan Mohd Nor bukan lagi ahli parti mereka.
Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani turut mengesahkan Mohd Nor sudah menyertai Amanah.
Mohd Nor berkata tujuannya bertanding untuk membawa pembangunan berasaskan Islam ke Rantau.
Dia menggunakan lambang pen sebagai logo bagi pilihan raya kecil itu.
Kenali calon-calon PRK Rantau
Reviewed by editorreformis
on
Mac 30, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.