Hukum hadiri jemputan dalam facebook
Saya dijemput untuk hadir ke kenduri perkahwinan melalui facebook, tetapi saya tidak menghadirinya. Apakah hukumnya?
Jawapan: Secara kebiasaannya
jemputan dalam bentuk facebook event ini sekadar proses pemudah cara
dalam menentukan jumlah bilangan individu yang bakal hadir ke majlis
perkahwinan tersebut dalam kalangan rakan-rakan facebook pengantin.
Bahkan kebiasaannya mereka akan menyebut bahawa kad jemputan akan menyusul sekiranya kita menekan pilihan going (akan hadir).
Meskipun
begitu, sekiranya jemputan itu datang dalam bentuk umum seperti
jemputan perkahwinan di majlis yang terdapat dalamnya ramai orang dan
kita berada dalam majlis tersebut, maka tidak menjadi tuntutan
(kewajipan) untuk menghadirinya di sisi majoriti ulama.
Demikian
juga kita katakan kepada isu jemputan yang datang melalui facebook
event, kumpulan whatsApp (whatsApp group) atau yang datang dalam bentuk
jemputan umum.
Oleh yang demikian, secara
asasnya wajib untuk memenuhi undangan perkahwinan yang ditujukan khas
kepada anda meskipun dijemput melalui facebook. Tambahan pula ia turut
disertakan pula dengan jemputan yang sama melalui medium-medium lain
seperti jemputan secara berhadapan, kad jemputan, dan selainnya.
Hukum
wajib ini sekiranya anda tidak ada sebarang keuzuran yang menghalang.
Namun jika anda tidak dapat menghadirinya disebabkan terdapatnya
keuzuran, maka ia tidaklah dianggap sebagai berdosa.
Sebaiknya,
sampaikan permohonan maaf kepada mereka yang menjemput serta
perbanyakkanlah berdoa kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan
agar mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT.
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.