https://critoxium.com/shop/

Terkini

Keji bunuh umat Islam solat di masjid

DAP memuji tindakan tangkas Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghantar Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Pulau Pinang Phee Bon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Azrul Aziz Mahathir ke Christchurch, New Zealand untuk menemani ahli keluarga salah satu daripada tiga rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan kejam yang dilakukan oleh seorang pengganas New Zealand terhadap orang Islam yang tidak bersalah semasa menunaikan Solat Jumaat.

Phee dan ahli keluarganya pernah menetap di New Zealand untuk seberapa lama dan mempunyai ramai kenalan yang merupakan pemimpin kerajaan tempatan di Christchurch.

Phee dan Azrul bukan sahaja akan mewakili kerajaan negeri dalam menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang yang tercedera dalam serangan yang dahsyat tersebut, tetapi juga untuk dua rakyat Malaysia lain yang turut tercedera.

Mereka berdua telah menghubungi Wisma Putra untuk mengatur keperluan logistik untuk memastikan Kerajaan Malaysia bertindak sebagai satu negara dalam menghulurkan bantuan, simpati dan solidariti terhadap tiga mangsa yang tercedera tersebut.

DAP mengulangi kecamannya terhadap aksi keganasan melampaui akal rasional yang telah meragut 49 nyawa dan mencederakan 48 yang lain.

DAP percaya bahawa pihak berkuasa New Zealand telah menangkap semua pembunuh dan akan memastikan keadilan terlaksana bagi pihak mangsa kejadian ini.

Kami berharap agar bukan sahaja tiga rakyat Malaysia tersebut, tetapi semua yang tercedera akan pulih sepenuhnya.

Pembunuhan rambang yang dilakukan oleh seorang pengganas berkulit putih terhadap orang Islam yang tidak bersalah sewaktu menunaikan solat di dalam sebuah rumah ibadah di dalam negara New Zealand yang dikenali aman dan selamat, sangat-sangatlah keji.

Pada saat-saat tragedi penuh kebencian seperti ini, semua negara dan semua bangsa harus berdiri berdampingan demi keamanan, hormat untuk kebebasan dan kepelbagaian beragama, toleransi, keharmonian, dan belas kasihan.

Tamadun manusia terbina bukannya melalui kebencian tetapi melalui kasih sayang antara satu sama lain sebagai umat manusia.

* Lim Guan Eng adalah setiausaha agung DAP dan menteri kewangan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.