Kekuatan PAS terbina di atas serangan, sekatan
SEJARAH menyaksikan PAS membina kekuatan dan pengaruhnya, di atas serangan dan sekatan yang dikenakan kepadanya.
PAS bermula daripada sifar, dan pernah menjadi pembangkang paling sedikit kerusi.
PAS pernah menyertai kerajaan Persekutuan, dan berpengalaman memerintah beberapa kerajaan negeri.
PAS pernah bersendirian, dan pernah menjalin kerjasama dengan parti lain yang berbeza ideologi.
Dalam menempuhi denai perjuangan ini,
ada di kalangan ahli PAS yang mendapat sokongan masyarakat, dan bergerak
di cawangan yang aktif. Tetapi ada juga di kalangan ahli PAS yang
disisihkan di tengah masyarakat, dan bergerak di cawangan yang tidak
aktif.
Namun dalam semua keadaan ini, PAS tidak pernah lemah dan rugi.
Walau difitnah dan diserang dari segenap
penjuru, kekuatan PAS tidak pernah berkurang, malah sokongan dan
pengaruhnya semakin hari semakin berkembang.
Ini kerana setiap serangan dan sekatan
yang dikenakan kepada PAS, hanya akan membangkitkan kesungguhan ahli PAS
untuk terus bekerja dan melaksanakan arahan.
Manakala setiap fitnah dan ‘pembulian’
yang dikenakan kepada PAS, hanya akan membangkitkan simpati dan sokongan
daripada rakyat bawahan.
Semua ini dapat disaksikan sepanjang denai perjalanan PAS yang penuh ujian dan sarat dengan pengalaman.
Jika dahulu BN sangat kuat menyerang dan menekan PAS, kekuatan PAS tidak pernah berkurang malah pengaruhnya semakin berkembang.
Kini giliran PH pula yang kuat menyerang
dan memfitnah PAS. Pastinya kekuatan PAS tidak pernah berkurang, malah
pengaruhnya akan terus berkembang.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.