LGE takutkan rakyat dengan sentimen kaum
SEMALAM, Malaysiakini telah memuat naik artikel berkaitan kenyataan Lim Guan Eng yang bertajuk Lim warn Umno-PAS union will declare war on non-malays yang bermaksud Lim Guan Eng memberi amaran bahawa gabungan PAS-Umno akan mengisyiharkan perang terhadap orang bukan Melayu.
Ia adalah kenyataan yang cukup tidak
bertanggungjawab, tidak bertamadun dan cukup bahaya daripada seorang
Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan yang cuba memainkan sentimen
perkauman untuk menjana sokongan politik.
Walaupun Malaysiakini telah menukar semula tajuk tersebut daripada Lim warn Umno-PAS union will declare war on non-malays kepada Lim warn Umno-PAS union will target non-malays, saya tetap berpendapat bahawa Lim Guan Eng masih lagi cuba untuk bermain api perkauman.
Malaysiakini sepatutnya sebagai
sebuah portal berita harus bertanggungjawab, beretika serta telus dalam
berita yang disiarkan. Isu seperti ini yang cuba memarakkan lagi
sentimen perkauman tidak patut disiarkan untuk tatapan umum. Sebagai
sebuah organisasi berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini seharusnya menjalankan due diligence terhadap sebarang berita disiarkan, adakah patut disiarkan atau disemak semula sebelum disiarkan.
Soalan kepada Lim Guan Eng, apakah
maksud penyatuan PAS-Umno akan mengisytihar perang terhadap orang bukan
Melayu atau jika berpandukan U-turn terbaru setelah ditukar tajuk, penyatuan PAS-Umno akan menjadikan orang bukan Melayu sebagai sasaran?
Adakah Lim Guan Eng cuba membangkitkan
sentimen perkauman dengan kenyataan tersebut? Adakah selama ini PAS
mahupun Umno menindas orang bukan Melayu atau kenyataan tersebut hanya
untuk menaikkan sentimen orang bukan Melayu?
Adakah ini jenis Malaysia Baharu yang
DAP canangkan? Jika ini Malaysia Baharu tersebut, ia jelas cukup tidak
bertanggungjawab, tidak bertamadun dan cukup bahaya kepada perpaduan
kaum dan negara. Penghinaan terhadap mana-mana agama, bangsa dan kaum di
dalam negara adalah salah, tidak bertamadun, tidak bertanggungjawab
serta memang patut didakwa.
Siapa pun dalam kalangan kita tidak suka
agamanya dihina, dicaci dan dipermainkan sama ada orang Islam, Buddha,
Kristian dan Hindu. Sebenarnya kita perlu tanya kenapa ia terjadi,
sebabnya serta dorongan mereka bertindak sedemikian. Adakah ada hasutan
atau ditanam kebencian terhadap Islam pada mereka?
Belum pernah lagi di dalam negara sejak
Merdeka berlaku penindasan terhadap mana-mana agama, bangsa mahupun
kaum. Jika hanya untuk menyatu padukan orang Melayu Islam dianggap
bahaya, ia adalah pemikiran yang cukup cetek. Adakah salah untuk orang
Melayu Islam bersama walau berlainan ideologi dan pemikiran? Jika itu
Lim Guan Eng anggap ancaman kepada orang bukan Melayu, dia patut bubar
saja PH sama seperti di bubar Pakatan Rakyat.
PAS tidak pernah meminggirkan mana-mana
kaum dalam negara malah PAS berbangga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong
PAS (DHPP) yang dianggotai pelbagai agama, kaum dan bangsa. Malah di
Kelantan dan Terengganu, tidak pernah berlaku ketidakadilan terhadap
agama, bangsa dan kaum lain. Tanyalah mereka dan cuba dekati PAS,
kemudian anda akan sedar PAS lebih baik daripada PH terutamanya DAP. PAS
bukan rasis dan ektremis agama, sebenarnya anda ditipu hanya kerana
kepentingan politik sempit segelintir pihak.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia –





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.