Memenuhi panggilan SPRM
PADA pagi 6hb Mac .Ketua
Pemuda PAS, YB Ustaz Muhammad Khalil hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung
dakwaan penerimaan wang daripada 1MDB.
Saya turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM di
Putrajaya mengiringi YB Ustaz Muhammad Khalil bersama Saudara Hisham di
mana soal siasat berlangsung selama 1 jam lebih.
Pihak kami sentiasa memberi kerjasama
sepenuhnya dengan keterangan yang jujur dan jelas di atas fitnah yang
diajukan kepada YB Ketua Pemuda, di mana beliau didakwa dan dikaitkan
memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi yang kononnya adalah hasil
daripada wang yang disalurkan kepada PAS dengan dakwaan fitnah
penerimaan wang RM90 juta tersebut.
Walaupun telah di sangkal fitnah
tersebut beberapa kali oleh YB Ketua Pemuda sebelum ini, tetapi ianya
tetap berterusan. Bagi menyangkal tuduhan dan fitnah tersebut, Ustaz
Afnan Hamimi, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, telah
tanpil membuat satu pengakuan terbaru di laman facebook beliau, bahawa
motosikal berkuasa tinggi yang dikaitkan dengan YB Ketua Pemuda adalah
sebenarnya merupakan motosikal Ustaz Afnan sendiri. Untuk pengetahuan
Ustaz Afnan bukan sahaja seorang pendakwah bebas, beliau juga adalah
seorang pengusaha perniagaan stesen minyak yang telah beroperasi lebih
dari 12 tahun yang lalu.
Perlu diingatkan kembali bahawa di dalam
kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ada banyak latar belakang seperti
profesor, doktor, pemegang PhD dan ijazah, jurutera, pendakwah bebas,
kepakaran ekonomi dan lain-lain, dan tidak lupa juga ahli-ahli
perniagaan.
Sehubungan itu, pihak kami menyokong
penuh SPRM dan pihak berkuasa yang lain untuk menggunakan kuasa yang
pihak berautoriti ini ada bagi meneruskan penyiasat ke atas pimpinan
dari pihak parti lain seperti PKR, PAN dan sudah tentu DAP sekiranya
terdapat laporan keatas mereka
“Terus Mara”
“Islam Memimpin”
“Islam Memimpin”
Penolong Setiausaha II
(Diplomatik dan Hubungan Luar)
Dewan Pemuda PAS Malaysia





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.