Khazanah rugi setelah 13 tahun, kenapa?
DEWAN Pemuda PAS
Malaysia (DPPM) sangat kesal dengan kedudukan kewangan terkini institusi
strategik pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional, yang mencatatkan
kerugian sebelum cukai yang pertama di bawah Pakatan Harapan dengan
jumlah RM6.3 bilion dalam tempoh 13 tahun.
Sudah tentu jumlah kerugian yang besar
pada tahun 2018 sangat mengejutkan semua pihak berbanding kerugian yang
pernah dialami pada tahun 2005 sekitar RM830 juta. Tambahan pula,
keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan pada tahun 2017 ialah RM2.9
bilion.
Prestasi kewangan Khazanah Nasional
menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat. Mengapa hal ini boleh
berlaku? Bagaimana nilai aset Khazanah hilang sebanyak RM25 bilion dalam
tempoh kira-kira 12 bulan? Mengapa rosot nilai menjangkau sehingga
RM7.3 bilion iaitu melebihi tiga kali ganda berbanding RM2.3 bilion pada
tahun 2017?
DPPM tidak menolak faktor global seperti
tekanan perang dagang dan kelembaban pasaran, tetapi faktor domestik
yang berlaku disebabkan ketidaktentuan polisi, tiada hala tuju yang
jelas dan persekitaran ekonomi kurang kompetitif mengakibatkan kedudukan
kewangan Khazanah terjejas teruk.
Tiga aset pelaburan menyumbang kepada
prestasi buruk dua digit. Pertama, Malaysia Airlines Bhd. Kedua, Telekom
Malaysia dan ketiga ialah Axiata Group Berhad. Antara sebab hal ini
berlaku adalah kerana perubahan drastik regulasi dan ketidak jelasan
polisi daripada pihak kerajaan.
Kerugian RM 6.3 bilion Khazanah Nasional
turut akan menjejaskan kantung Kerajaan Persekutuan menerusi dividen
pelaburan. Sekiranya hal ini berlaku, maka tidak mustahil Kerajaan juga
akan meningkatkan jumlah hutang atau mengenakan cukai baharu yang lebih
membebankan rakyat.
DPPM juga bimbang tindakan segera Kerajaan untuk menjual aset-aset strategik akan terus berlaku. Hal ini boleh dirujuk dalam satu laporan berita bertarikh 14 Februari lalu yang menyatakan Khazanah bersedia untuk menjual lebih banyak aset domestik dan luar negara supaya dapat menyuntik lebih banyak wang ke dalam kantung kerajaan.
DPPM juga bimbang tindakan segera Kerajaan untuk menjual aset-aset strategik akan terus berlaku. Hal ini boleh dirujuk dalam satu laporan berita bertarikh 14 Februari lalu yang menyatakan Khazanah bersedia untuk menjual lebih banyak aset domestik dan luar negara supaya dapat menyuntik lebih banyak wang ke dalam kantung kerajaan.
Akhir sekali DPPM berharap agar pihak
Kerajaan menjelaskan faktor-faktor di sebalik kerugian sebelum cukai
RM6.3 bilion, kehilangan aset RM25 bilion dan rosot nilai RM7.3 bilion
Khazanah dan mesti bertanggung jawab untuk memperbaharui semula
kedudukan ini bagi tahun kewangan 2019.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.