MP Sandakan meninggal dunia
Ahli parlimen Sandakan Stephen Wong, 65, meninggal dunia hari ini di Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Wong adalah pengerusi DAP Sabah dan sudah dua penggal menjadi anggota parlimen Sandakan, selain menjadi menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Beberapa pemimpin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Wong di media sosial, sebaik saja berita itu mula tersiar.
"Sedih mendengar pemergian YB Stephen Wong... Takziah kepada keluarganya," kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Twitter.
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran pula berkata beliau kehilangan kawan dan pemimpin yang baik.
"Khidmatnya kepada rakyat akan sentiada dikenang. Hidup ini memang penuh ketidakpastian," katanya lagi.
Pada pilihan raya umum ke-14, Wong mengalahkan calon BN bagi kerusi Parlimen Sandakan dengan majoriti 10,098 undi.
Walaupun tidak memegang kerusi DUN, Perlembagaan Sabah membenarkan individu dipilih seagai menteri melalui pelantikan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.