https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Nurul Izzah aset negara'

Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Pengerusi PKR Negeri Johor saya memohon supaya Nurul Izzah Anwar terus terlbat dalam politik Malaysia.

Saya mohon Nurul Izzah terus bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Negara Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya memerlukan pemimpin yang berwawasan, berintegriti dan berprinsip seperti Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kini Nurul Izzah sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Pengalamannya luas di parlimen.
Begitu juga dalam parti PKR setelah memegang jawatan naib presiden yang terkanan untuk lebih dua penggal.

Pengalaman luas yang cukup bermakna itu boleh menjadikan beliau seorang pemimpin yang baik.
Bagi saya Nurul Izzah adalah satu aset kepada negara Malaysia.

Malaysia memerlukan ahli politik yang ada wawasan reformasi, berintegiriti dan punya pegangan prinsip yang tidak boleh dijual beli.

Ahli parlimen Permatang Pauh ini memiliki ciri-ciri tersebut.

Jadi saya memohon supaya Nurul Izzah yang memanggil saya dengan panggilan Pak Hassan supaya mendengar rayuan saya ini.

HASSAN ABDUL KARIM merupakan ahli parlimen Pasir Gudang dan Pengerusi PKR Johor.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.