Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara
dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap
kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk
mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.
Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom. Apa bidang kuasa ICC?
Artikel 5 - ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’
seperti:- a) Genocide (penghapusan etnik) b) Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan) c) War crime (jenayah perang) d) Crime of aggression (jenayah pencerobohan)
Artikel 6, 7, 8 – Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas.
Artikel
17 - ICC hanya akan terpakai apabila negara pihak tidak berkemahuan
atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes
jenayah terkutuk tersebut.
Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis?
Sungguhpun
Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang
di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-
i) Artikel
40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong adalah
seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas
nasihat perdana menteri / kabinet.
ii) Artikel 41, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah
tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak
diberi kuasa untuk mengisytihar perang.
iii)
Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan: -
Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein,
Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United
Kingdom.
Manfaat Malaysia jadi negara pihak ICC
i)
Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan
masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan
keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.
ii)
Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam
meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan
membawa pelaku-pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.
iii)
Malaysia kini boleh merujuk kepada pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A)
Rome Statute mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh
mana-mana pihak sekiranya perlu.
iv)
Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang
melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di persidangan tahunan
negara-negara pihak.
v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya
sebagai hakim, pendakwa dan pendaftar serta jawatan-jawatan lain di
pejabat pendakwa dan pejabat pendaftar ICC
Implikasi perundangan (menurut peguam negara)
i) Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC.
ii) Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.
iii)
Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan
prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam
negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
iv) Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi
Kronologi penyertaan Malaysia dalam Statut Rom
17 Julai 1998
- Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic
Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International
Criminal Court
27 Mei 2010 - Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Undang-undang) Mohamed Nazri Abdul Aziz pada ketika itu,
memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari negara
pihak ICC. Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative
Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala,
Uganda.
11 Jun 2010 - Perdana Menteri, Najib Razak ketika
itu memberi hala tuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute,
lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom
Flotilla pada 31 May 2011.
18 Mac 2011
- Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah
Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute. Namun ia
tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan
Jemaah Menteri tersebut.
5 Ogos 2015
- Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara
membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute
bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap
kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada
sebarang tindakan diambil pada ketika ini.
12 Disember 2018 - Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute
26 Disember 2018
- Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum
keputusan yang dibuat jemaah menteri.
15 Februari 2019 -
Menteri Luar datang mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan
jemaah menteri
4 Mac 2019 - Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.
Statut Rom, ICC: Perkara yang patut diketahui
Reviewed by editorreformis
on
Mac 12, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.