Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau.
Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.
Selain
faktor dinafikan hak untuk bertanding pada PRU lalu, Anwar berkata
pemilihan semula Streram juga atas sebab kelayakan akademik dan rekod
kerjanya di sana.
"Kita memutuskan seorang tokoh (Streram) yang
mempunyai kelayakan akademik dan berpengalaman sebagai penyelaras DUN
Rantau," katanya.
Streram merupakan pakar bius di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan.
Beliau
yang merupakan timbalan ketua cabang PKR Rembau sepatutnya bertanding
di situ pada PRU ke-14, tetapi dihalang menghantar borang pencalonan
oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia menyebabkan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.
Pada
Nov lalu Mahkamah Khas Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan kemenangan
itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya semula
diadakan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusan mencalonkan
kembali Streram telah dibincangkan di peringkat parti dan majlis
pimpinan PH.
Katanya lagi, PKR tidak mahu terikut-ikut dengan "ada
pihak" yang memainkan sentimen kaum dengan meletakkan calon Melayu
dalam PRK itu.
"Kita juga tahu ada pihak akan guna isu kaum, isu agama untuk (pengundi) tolak calon kita," katanya lagi.
'Rantau bukan kayu ukur'
Anwar
yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata keputusan di Rantau
nanti tak boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sokongan rakyat
terhadap PH susulan kekalahan dalam dua PRK sebelum ini - Cameron
Highlands dan Semenyih.
Katanya, Rantau adalah kubu kuat Umno yang
dipegang selama tiga penggal oleh Mohamad yang merupakan bekas menteri
besar Negeri Sembilan.
"Rantau adalah kawasan MB dulu selama tiga
penggal, kalau (mahu dijadikan) kayu ukur yang paling mudah adalah Port
Dickson kita menang dengan majoriti besar.
"Kita akan kerja kuat walaupun kita tahu itu kawasan timbalan presiden Umno dan kubu kuat Umno," katanya lagi.
BN dijangka akan mengekalkan Mohamad sebagai calon dalam PRK itu.
Jumlah
pengundi di DUN Rantau setakat 25 Feb lalu ialah 20,926, Mengikut data
PRU ke-14 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar ialah seramai 20,427.
SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK itu pada 30 Mac manakala hari mengundi pada 13 April ini.
Streram kekal calon PH di PRK Rantau
Reviewed by editorreformis
on
Mac 12, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.