Paling tercela Islam di sisi Allah dan hakikat umum di Malaysia ialah
apabila seorang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Aishah,
bonda seluruh umat Islam melalui sebuah karikatur di Facebooknya.
Segera timbul reaksi umat Islam, mengadu kepada polis. Syabas polis dalam waku yang singkat menahan bedebah itu.
Menghina
Nabi SAW bukan sekadar menghina penganut Islam seluruhya, ia menghina
Allah yang mencipta alam seluruhnya termasuk manusia yang berbagai agama
dan kepercayaan.
Di sisi Islam ia jenayah paling teruk dan hukumannya amat keras.
Apabila
Islam murtad, Salman Rushdie, keturunan India yang jadi rakyat British
menghina ayat-ayat Allah, al-Quran kira-kira 40 tahun lalu, Ayatullah
Khomeini menjatuhkan hukum bunuh kepadanya dengan menawarkan jutaan
pound kepada siapa yang dapat membunuhnya.
Sekalipun bedebah
Rushdie masih belum dibunuh, sebalik Khomeini sudah dekat 30 tahun
meninggal, tetapi itulah tepat bagi jenayah agama seperti itu.
Islam menetapkan hukumnya bunuh mandatori. Khalifah khususnya Khalifah ar-Rasyidin menguatkuasakan peraturan itu.
Polis telah menangkap dan menahannya. Tetapi polis tidak dapat menahannya lama. Beberapa hari saja dia dilepaskan.
Sekadar hiasan?
Mengapa
jenayah hukum bunuh boleh dilepaskan dalam masa tiga hari? Tentu
peruntukan itu menguatkuasakan hukuman Islam tidak ada atau Islam itu
sendiri tidak berdaulat di negara kita. Sedang Islam dimateraikan
sebagai agama Persekutuan yang umum memahaminya agama rasmi.
Agama
ada tetapi bila ia tidak dikuatkuasakan, ia adalah tanda ia tidak
berdaulat. Kalaupun undang-undang ada tetapi undang-undang tidak
didaulatkan ia tanda digunakan, maka ia dikira tidak mendaulatkan
undang-undang
Bila Islam tidak dapat berbuat banyak atas penulis
Facebook yang mencerca Islam, maka ia tanda Islam tidak berdaulat dan
peruntukan yang ada dalam perlembagaan hanya sebagai hiasan.
Kelemahan
itu sudah ada sejak perlembagaan itu ada. Apabila perlembagaan yang ada
tidak dapat berbuat apa, ia bukti negara ini tidak berdaulat sedang
dalam semua mana kerajaan mendakwa Islam berdaulat di negaraku.
Jika Khalifah Umar al-Khattab di negara kita sekarang tentu kuatkuasakan peraturan Islam itu.
Orang
tidak kata beliau kejam, zalim, pelampau, abaikan Islam, bah orang kira
beliau adil, kiranya ada Nabi SAW selepas Rasulullah SAW, sabda Nabi,
dia adalah Saidina Umar.
Dengan kebanyakan tindakannya
ditohmah buruk oleh anti-Islam, Islam mengiktirafnya khalifah yang
tinggi tinggi/keras tindakannya, tetapi semua tindakannya dikira paling
adil untuk semua.
Rahmat masuk Islam
Jika
Saidina Umar memerinah Malaysia sekarang, penulis Facebook itu nescaya
dikenakannya hukum mati. Tetapi Islam iktiraf beliau pemerintah yang
adil dan jika ada nabi selepas Rasulullah SAW, nescaya beliaulah.
Tiada
siapa dapat sewenang-wenangnya dapat lepas dari hukum bunuh atas
kesalahan menghina Nabi SAW itu. Sekalipun penjenayah itu termasuk bukan
Islam akan dikenakan hukuman itu.
Jika
yang murtad itu orang Islam, dia diberi peluang taubat. Bukan Islam,
sememangnya kafir, mana ada peluang taubat pada kafir. Tetapi peluang
syurga ada padanya. Konsep taubat hanya ada Islam. TIdak taubat pada
kafir.
Tetapi
kafir memeluk Islam dosanya terhapus sekalipun menghina Nabi SAW. Hukum
bunuh atas penghina Nabi SAW tidak dihukum jika dia masuk Islam kerana
rahmat masuk Islam itu lebih besar dari taubat.
Adapun Malaysia,
atas apa alasan sekalipun, jika tidak bertindak terhadap jenayah
menghina Nabi SAW, walaupun rajanya Islam, perdana menterinya Islam,
perlembagaannya catit Islam agama negara, tiada maknanya di sisi Allah.
Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya? Tak
bergunalah Islamnya!
SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan tajuk yang sama.
Tiada berdaulat Islam di negaraku
Reviewed by editorreformis
on
Mac 13, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.