Ustaz Taliban telah pergi buat selamanya
KUALA LUMPUR:
PAS kehilangan seorang lagi pimpinannya apabila Ketua Penerangan Ulamak
PAS Negeri Perak, Ustaz Norazli Musa menghembuskan nafas terakhir di
Madinah al-Munawwarah jam 12:30 pagi waktu tempatan di sana.
Almarhum ke Tanah Suci bagi menunaikan
umrah serta menghadiri Majlis Konvokesyen anakandanya, Ustaz Ahmad
Syakir Norazli di Universiti Madinah di mana berangkat dari Malaysia
sejak 2 Mac lalu.
Almarhum juga merupakan Yang DiPertua
PAS Kawasan Ipoh Barat, Presiden Persatuan Pendukung dan Pencinta Ulamak
atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz, juga Timbalan Pengarah Pusat
Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief).
Sepanjang hayatnya, Almarhum juga
pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Perak selaku Pengurus Pasukan
serta Ketua Pemuda PAS Perak, selain aktif menyampaikan ceramah agama di
seluruh negara serta bantuan kemanusiaan serata ceruk dunia.
Almarhum yang amat masyhur dengan
panggilan "Ustaz Taliban" itu sememangnya dikenali sahabat, kenalan
serta orang ramai sebagai seorang sangat peramah, ceria dan sering
memberi peringatan biarpun berwajah serius dan bersuara garau.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.