Jho Low dikesan hidup bebas di China
KUALA LUMPUR, 12 April — Hartawan kini pelarian dikehendaki
berkaitan skandal skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek
Jho kini dipercayai berada di China.
Menurut Sin Chew Daily, Low, atau panggilan Jho Low baru-baru ini dikesan bergerak bebas di Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing, dan di Hainan, China.
Sumber
akhbar itu berkata, polis Malaysia masih berkerjasama dengan pihak
berkuasa China untuk mengesan Jho Low, tetapi memaklumkan bahawa China
tidak mengetahui lokasi individu tersebut.
Jho Low juga mendapat kad pemastautin Hong Kong dan tinggal di kediaman mewah, malah syarikatnya di bandar itu masih beroperasi, lapor akhbar itu lagi.
Laporan
itu menyebut perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan membuat
lawatan ke Beijing hujung bulan ini dipercayai akan meminta bantuan
China mencari Jho Low.
Malaysia pada 15 Jun tahun lalu membatalkan pasport beliau, manakala negara kepulauan St Kitts & Nevis pula dilapor turut berbuat demikian.-MalayMail
Menurut Sin Chew Daily, Low, atau panggilan Jho Low baru-baru ini dikesan bergerak bebas di Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing, dan di Hainan, China.
Jho Low juga mendapat kad pemastautin Hong Kong dan tinggal di kediaman mewah, malah syarikatnya di bandar itu masih beroperasi, lapor akhbar itu lagi.
Malaysia pada 15 Jun tahun lalu membatalkan pasport beliau, manakala negara kepulauan St Kitts & Nevis pula dilapor turut berbuat demikian.-MalayMail
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.