https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rameli 'kesian' pada orang yang 'mampu sekat fitnah

KUALA LUMPUR, — Tokoh korporat Datuk Rameli Musa "kesian" terhadap mereka yang memfitnahnya hingga beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tetapi saya kesian mereka yang sebar fitnah dan mereka yang mampu menyekat fitnah tetapi tidak berusaha untuk melakukannya," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengakui "arena politik yang melampau batas" mengakibatkan imejnya di luar negara tercalar dan mata pencarian terganggu.

Beliau juga enggan "komen sangat" mengenai pertemuannya dengan wakil presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan "tak ingat tarikh perjumpaan dan berapa kali".

Namun, Rameli secara umum menegaskan Malaysia memerlukan pemimpin berwibawa, berintegriti serta beradab dan bersopan.

“Fitnah berleluasa kerana yang tahu buat tak tahu dan yang tak tahu tak mahu ambil tahu, dan tidak mahu mengaku,” katanya.

Bulan lalu, beliau dipanggil SPRM selepas dikaitkan dengan bayaran RM1.4 juta bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman Hadi terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Bayaran itu dinafikan pemimpin PAS termasuk Hadi tetapi sumber Malaysiakini semalam menyatakan semua urusan dibuat lima individu berpengaruh parti berkenaan.

Tiga daripada lima individu itu adalah setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, menteri besar Terengganu Samsuri Mokhtar dan peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Pada 7 Mac lalu Hadi bertegas PAS tidak membuat bayaran kepada Clare dan ahli parlimen Marang menyifatkan dakwaan tersebut sebagai agenda menjatuhkan partinya

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.