https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa Tidak Mukhriz Dispekulasikan Sebagai TPM ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Barang kali tidak menjadi dosa besar kalau saya juga berspekulasi seperti mana orang berspekulasi Azmin Ali akan dilantik menjadi TPM.

Saya melihat dalam mencari keserasian politik jangka panjang dalam PH, bukan Azmin yang seharusnya diangkat menjadi TPM, tetapi Mukhriz Mahathir yang lebih layak dan mempunyai DAN paling baik.

Seandaian Anwar Ibarahim jadi PM, dan sekiranya Muhyiddin Yassin sedia memberi laluan, maka Mukhrizlah orang paling layak. Apa pun tokoh lebih afdal Muhyiddin.

Ada dua sebab besar dilihat kenapa Mukhriz layak dan ia boleh mengharmonikan politik PH dimasa depan.

Mukhriz adalah timbalan presiden Bersatu dan beliau ada anak lelaki Dr Mahathir Mohamad. Tidak boleh tidak Mahathir mahu Mukhriz menjadi legasi politiknya.

Untuk membina suasana terbaik bagi Anwar yang kini cuba diberi gambaran Anwar tidak bersama dengan Mahathir, adalah dengan memilih Mukhriz sebagai orang nombor duanya.

Kalau inilah menjadi kenyataan saya kira, PH tidak ada masalah. Lagipun orang yang dikira mempunyai kekuatan dari segi pengaruh dan sentimental value adalah Mukhriz bukannya Azmin.
Azmin hanyalah anak pungut dalam politik.

Mukriz ada bapaknya, pengaruh bapaknya boleh menggilap dirinya. Alangkah baik kalau pengaruh Dr Mahathir terus kekal bercantum dengan pengaruh dan kekuatan Anwar Ibrahim. Trims.







Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.