KALANGAN aktivis Umno tetap percaya rundingan masih dijalankan untuk
menarik ahli Parlimen parti itu untuk berpaling tadah menyertai parti
kerajaan, walau dinafikan oleh pemimpin parti.
Tokoh yang dituduh terlibat sebagai broker dalam usaha
tersebut adalah bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein yang
menafikannya apabila dakwaan itu muncul Oktober lalu.
Dakwaan itu reda seketika hujung tahun lalu apabila Presiden Umno
Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk bercuti dan menyerahkan tugas
kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Pada waktu itu, Hishammuddin dikritik hebat oleh aktivis parti secara
terbuka di media sosial yang mendakwa bekas naib presiden Umno itu
mengatur urusan tersebut.
Paling lantang Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat)
Rafi Awang Kechik dan bekas setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak
Zaharin Mohd Yasin.
Rafi ketika dihubungi The Malaysian Insight mengulangi dakwaan bahawa
Hishammuddin berunding dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk
membawa masuk pemimpin Umno ke dalam Bersatu.
Ia bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno agar sebarang
rundingan dengan parti lain untuk membentuk kerajaan atau pembangkang
perlu dibuat secara bersama atau en-bloc, katanya.
“Di peringkat awal Umno bersetuju dengan apa jua cadangan untuk
berunding dengan mana-mana parti dengan syarat secara en bloc, bukan
dengan cara melepaskan tengkuk masing-masing.
“Kalau tengok tindakan dan kenyataan-kenyataan dia, maknanya
rundingan itu masih berjalan, cuma kita tidak ada bukti yang khusus,”
katanya.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Umno selepas parti itu tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.
Desas-desus itu muncul kembali akhir tahun apabila Hishammuddin
didapati membawa keluarganya untuk bercuti di Maghribi dengan keluarga
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Dakwaan itu muncul semula kerana kedua-dua pemimpin itu dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Dr Mahathir.
Aktivis parti seterusnya mendakwa usaha memujuk ahli Parlimen BN
berpaling tadah itu digerakkan semula berdasarkan kenyataan Hishammuddin
pada awal bulan lalu.
Ahli Parlimen Sembrong tersebut dilaporkan berkata ahli Parlimen BN
akan menyokong Dr Mahathir sekiranya wujud gerakan dalam Pakatan Harapan
(PH) untuk menjatuhkan perdana menteri itu.
Mengulas perkembangan itu, Rafi berkata beliau jengkel dengan
tindak-tanduk tersebut dan mencadangkan kepada Hishammuddin untuk keluar
parti jika benar-benar berniat demikian
“Kalau hendak keluar, keluarlah. Jangan rosakkan parti. Semua tahu
dia ada cita-cita besar. Saya bukan serang secara peribadi cuma
tindak-tanduk H2O (Hishammuddin) ini menyakit mata,” kata Rafi.
Zaharin pula ketika ditemui The Malaysian Insight juga menyatakan dengan yakin bahawa beliau melihat “rundingan masih berjalan”.
Usaha berkenaan akan melemahkan lagi Umno yang kini hanya menguasai 37 kerusi Parlimen selepas 17 ahli Parlimen keluar parti.
Namun anak buah Hishammuddin menganggap tuduhan berkenaan sebagai
fitnah semata-mata dan menafikan ahli Parlimen Sembrong itu menjadi
broker dan tali barut lawan.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Hafiz Ariffin urut menjelaskan
mengenai pertemuan ahli Parlimen Umno dan Hishammuddin selepas parti itu
tewas PRU14 tahun lalu.
Katanya, pertemuan itu hanyalah untuk mendapatkan pandangan mengenai hala tuju dan masa depan parti.
“Dalam keadaan ramai yang kata Hisham adalah tali barut, Hisham adalah broker, ini semua hanya persepsi dan tanggapan sinis.
“Perkara yang sebenar adalah, sejurus kalah pada PRU 14 yang lepas,
ramai rakan MP yang bertemu (Hishammuddin) bertanya dan bertukar
pendapat atas kapasiti sebagai kawan lama, apa dan bagaimana hala tuju
di dalam parti pasca PRU14,” katanya.
Katanya, pertemuan itu berlaku dalam keadaan di mana ahli Parlimen
parti tidak lagi mendapat sebarang perhatian dan bantuan dari kerajaan
Pusat.
Beliau berkata pada masa itu, akaun parti dibekukan dan aset disita
susulan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd yang
membelit Najib Razak.
“Perkara ini menjadi cabaran untuk melakukan tugasan selaku ahli Parlimen. Ramai yang patah semangat, hendak meninggalkan parti.
“Tapi Hisham terus memujuk mereka supaya kekal di dalam parti,
memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap Tok Mat (Mohamad Hasan)
selaku timbalan presiden menjalankan tugas presiden,” katanya.
Perkara yang sama turut dikongsi Ahli Parlimen Kuala Krau Ismail
Mohamed Said yang berpendapat dakwaan berkenaan hanyalah usaha
melaga-lagakan pemimpin parti.
Beliau berkata Hishammuddin tidak pernah memujuk beliau keluar parti
sewaktu menyertai pertemuan ahli Parlimen dengan bekas naib presiden
parti itu.
Katanya, Hishammuddin memainkan peranannya dengan baik dalam membantu parti walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno.
“Cukup-cukuplah melagakan para pemimpin Umno. Tidak ada istilah kabilah Bagan Datuk, kabilah Rantau, mahupun kabilah Sembrong.
“Sepanjang saya dan sahabat ahli Parlimen bertukar pandangan atau
berjumpa Hishammuddin, tidak pernah sekali pun beliau ajak atau minta
kami semua untuk keluar parti Umno.
“Bahkan (Hishammuddin) minta kekal dalam Umno, termasuk rakan-rakan dari Sabah yang kini menyertai Bersatu,” katanya.
Lebih ramai ahli Parlimen Umno keluar parti?
Reviewed by editorreformis
on
April 30, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
RAMAI menyedari kelebihan membaca al-Quran dalam kehidupan harian dan ganjaran di akhirat kelak, kerana itu, umat Islam digalakkan unt...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.