SOKONGAN dinikmati Pakatan Harapan (PH) akan bertambah pudar jika isu
kaum dan agama yang dibangkitkan pembangkang gagal ditangani, kata
aktivis politik Hishamuddin Rais.
Katanya, isu berkenaan bukan sahaja akan mempengaruhi kelompok orang Melayu di kampung, malah golongan profesional.
“Proses ini akan hakis sokongan kerana agenda politik bangsa, Melayu,
dan Islam itu akan menarik satu bahagian kelompok yang besar pengundi
yang suatu ketika dulu menyokong PH,” katanya.
Beliau menjelaskan, golongan Melayu mudah percaya bahawa Malaysia
akan tergadai kepada kaum Cina kerana dakwaan seperti itu dipupuk sejak
60 tahun lalu.
“Mereka yakin DAP, parti Cina akan ambil Tanah Melayu, walaupun
hakikatnya DAP hanya ada berapa kerusi sahaja di Parlimen. DAP tidak
akan dapat takluki Parlimen yang ada 222 kerusi,” katanya.
Turut memburukkan keadaan adalah kenyataan sesetengah pemimpin DAP
yang membuatkan orang Melayu meyakini perkara itu akan berlaku, katanya.
“Naratif ini dibantu oleh kerana kenyataan pemimpin DAP sendiri, ada
yang komen mengenai Islam dan Al Quran. Ada yang persoalkan jumlah
penjawat awam.
“Ini semua berkaitan Melayu dan ini meyakinkan (masyarakat Melayu
bahawa) ia berlaku,” kata bekas tahanan ISA itu lagi sewaktu melancarkan
satu bukunya pada malam tadi.
Pada masa sama, saranan pembangkang dengan dakwaan seolah-olah
kerajaan PH gagal membela institusi raja, Melayu, dan Islam juga
dipercayai komuniti Melayu.
“Ini berkait rapat dengan agenda Umno, iaitu Raja, Melayu, dan Islam,
mereka jual agenda ini dan PH dilihat tidak mempertahankan tiga perkara
ini.
“Walaupun hakikatnya adalah PH sekarang agendanya cuba memperbetulkan
kebocoran yang berlaku dalam negara, PH diserang seolah-olah tidak
memandang tiga perkara ini sebagai agenda utama,” katanya.
Walhal, kebimbangan Melayu itu timbul kerana persoalan nasional
berkaitan pembinaan megara bangsa belum selesai, kata Hishamuddin yang
juga seorang pembikin filem.
“Untuk mendirikan negara bangsa belum mantap, tuntas, maka naratif
negara ini akan diambil Cina, DAP akan mengepalai segalanya terus dijual
ke seluruh negara,” katanya.
Tambahnya, kegagalan Melayu menguasai ekonomi negara juga menyumbang kepada masalah tersebut.
“Orang Melayu majoriti dalam negara tapi mereka rasa terancam, kenapa
kita merasa kita dalam ketakutan, kerana ekonomi negara ini dimiliki
bukan Melayu,” katanya lagi.
Isu berkenaan kini menjadi naratif utama PAS dan Umno yang turut
membangkitkan mengenai kegagalan PH mempertahan institusi Melayu seperti
Felda dan Tabung Haji.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata PH perlu menjalankan reformasi
secara menyeluruh untuk menangani naratif itu buat jangka masa panjang.
Perkara itu dikupas dalam bukunya, bertajuk “Surah-surah Terlarang:
Persoalan Nasional” yang dilancarkan beliau di Rumah Seni Selangor,
Petaling Jaya pada malam tadi.
Sokongan Pakatan pudar jika gagal kekang isu kaum
Reviewed by editorreformis
on
April 21, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Mohd Sayuti Omar Semalam saya mengikuti perbincangan dalam satu chat room yang turut sama disertai Lokman Adam. Lokman mengakui sesu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.