Adakah Belajar Semua Agama Satu Keperluan ?
Oleh Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Pernah heboh masa dulu, kenali seks dijadikan matapelajaran di sekolah. Riuh rendah jadinya. Padahal, seks adalah fitrah dan dipelajari secara tertutup kerana kemahuan seks adalah sangat peribadi. Tapi, itu bukanlah hujah sebenar matapelajaran untuk mengenali seks diajar di sekolah.
Hujah sebenar adalah, sanggupkah guru mengajar di sekolah mengenai seks secara terbuka, dengan bahan dan teknik pengajarannya sekali? Kemudian, bergunakah matapelajaran kenali seks di peringkat pekerjaan dan universiti? Industri apa pula akan ambil kerja dengan kecemerlangan mengenali seks?
Begitulah juga, sepatutnya soalan perlu ditanya: rasionalkah
matapelajaran kenali pelbagai agama? Adakah wujud guru yang boleh
mengajar pelbagai agama? Guru beragama apakah yang akan mengajar semua
agama? Dan tak kurang pentingnya soalan ini: adalah mengenali pelbagai
agama dikira penting untuk sektor pekerjaan dan universiti?
Tidaklah saya memperlekehkan ilmu seks dan ilmu mengenali pelbagai agama. Cuma, persoalan-persoalan di atas perlu dijawab supaya para perancang, penggubal dan pembangun kurikulum tak kelam kabut. Begitu juga, pelaksana kurikulum di kalangan guru pula boleh bersedia.
Bila sebut matapelajaran baru ini, banyak soalan bermain dalam kepala. Pertama, adakah ia merupakan matapelajaran wajib atau elektif? Kalau matapelajaran wajib, mengapa semua pelajar wajib belajar matapelajaran kenali agama?
Adakah belajar matapelajaran ini, menjadikan seseorang individu yang seimbang? Maksud saya, seimbang dari sudut jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Ataupun, hanya intelektual sahaja tumpuannya.
Kalau intelektual sahaja, tentu sekali matapelajaran kenali agama perlu Kemahiran Berfirkir Aras Tinggi (KBAT). Adakah guru dan murid perlu kritis terhadap agama lain? Bagaimana jikalau guru dan pelajar mempertikaikan hujah agama lain dibenarkan atas dasar KBAT?
Atau KBAT tidak diperlukan, hanya mengenali sahaja seperti nama matapelajar tersebut. Maka, hanya Kemahiran Berfikir Aras Rendah sahaja diperlukan. Pendek kata, belajar matapelajaran ini tak ke mana juga. Sekadar pengetahuan umum, tanpa analisis, kritik dan menghasilkan idea baru.
Jikalau, para pelajar bidang Usuluddin pun tak belajar kenali semua agama di universiti, mengapa pula sekolah nak belajar semua agama? Adakah semua sekolah nak jadi pandai semua agama, sedangkan agama sendiripun belum tentu difahami secara mendalam oleh rakyat kebanyakan.
21 Mei 2019

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.