https://critoxium.com/shop/

Terkini

Beri keterangan hanya kepada polis, kata Takiyuddin

AMPANG – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau hanya akan memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung tindakannya menggelarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan.

Menurutnya, buat masa ini kira-kira 10 laporan polis telah dibuat ke atas dirinya susulan ucapannya pada kempen PRK Parlimen Sandakan minggu lalu yang mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

“Saya tak boleh ulas, memandangkan kira-kira 10 laporan polis dah dibuat kepada saya.

“Saya akan bagi keterangan kepada polis,” katanya pada sesi dialog dan majlis berbuka puasa pimpinan Pas Pusat bersama media di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas lanjut mengenai label bekas banduan yang dikatakan Takiyuddin terhadap Anwar.

Beliau hanya meminta masyarakat menilainya sendiri sama ada Anwar bekas banduan atau tidak.

“Terpulang kepada masyarakat sama ada di (Anwar) bekas banduan atau tidak. Masyarakat akan menilai,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.

Sebelum ini, Takiyuddin berkata, pensabitan kesalahan ke atas Anwar dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah Ahli Parlimen Kota Bharu turut mempertahankan tindakannya menggelarkan Anwar sebagai bekas banduan dan menyarankan pihak yang menggesanya memohon maaf berhubung kenyataannya itu meyemak fakta kes mahkamah yang melibatkan Ahli Parlimen Port Dickson tersebut yang dihukum penjara lima tahun pada 2015.

Kenyataan Setiausaha Agung Pas itu mengundang kritikan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menyifatkan ia sebagai memperlekeh pengampunan Yang Dipertuan Agong terhadap Anwar, selain mengesa Takiyuddin memohon maaf.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.