KUALA LUMPUR: Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di
negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya
masyarakat berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dan hidup
dalam harmoni.
Bagi felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas
itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi
meningkatkan kemajuan negara.
“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa
kalah jadi abu, menang jadi arang, kerana konflik itu merugikan semua
kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati
kontrak sosial (kini perlembagaan persekutuan) tentang agama Islam,
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kelompok asal
Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
“Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua
bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi
ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan
hubungan etnik sentiasa baik,” tambahnya.
Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum
di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme,
iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada 2
kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara
satu sama lain.
Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini
sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang
harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah
yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia Ahmad Marthada Mohamed juga senada mahu ahli
politik berhenti memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu sensitif
yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara.
Beliau berkata, dalam usaha mengekang rusuhan kaum daripada kembali
berulang, pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera
terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama.
“Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang memberi
komen melampau dalam media sosial. Jika tidak diambil tindakan tegas
terhadap mereka, akan menyebabkan individu lain melakukan perkara sama
dan tindakan provokatif sebegini amat berbahaya kepada keharmonian
negara,” katanya.
Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang
Melayu dan Bumiputera, terutama golongan berpendapatan rendah dalam
pelbagai bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
“Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu
berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu
diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” katanya sambil menambah bantuan
terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga tidak boleh diabaikan.
Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam
negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang
kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah
kematian adalah lebih tinggi.
50 tahun selepas 13 Mei, rakyat diingatkan jangan main api perkauman
Reviewed by editorreformis
on
Mei 13, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.