https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi benarkan saya dedah ‘kartel dedak’, kata menantu

PETALING JAYA: Zaharudin Muhammad yang merupakan menantu Abdul Hadi Awang mendakwa presiden PAS itu membenarkannya mendedahkan kewujudan sebuah kumpulan dikenali sebagai “kartel dedak”.

Zaharudin yang diarahkan memberi penjelasan mengenai dakwaannya kepada parti Islam itu berkata, pengkritik cuba memujuk Hadi untuk mengarahkannya menarik balik dakwaan itu di Facebooknya.
“Macam biasa, (mereka) bagi info separuh masak kata saya tembak sama sendiri dalam Facebook.

Akhirnya saya bagi penjelasan sebab apa saya buat begitu dan tok guru restu dan saya tak tarik tulisan tu sampai sekarang,” tulisnya di Facebook malam ini merujuk gelaran Hadi.

Beliau berkata, akhirnya “bom lebih besar” muncul dalam bentuk “rakaman dari Puchong” – merujuk rakaman audio pada 2016 berkaitan PAS menerima dana daripada Umno.
Rakaman itu membabitkan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bercakap mengenai Umno memberi dana kepada PAS dan kritikannya terhadap sebuah kumpulan digelar “kartel dedak”.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki kedengaran mengakui beberapa pemimpin PAS pernah menerima dana daripada Umno.

Nik Abduh pada awalnya dilaporkan menafikan individu dalam rakaman itu ialah dirinya. Beliau hanya mengaku pada Februari lalu dan mendakwa Hadi membenarkannya membuat penafian itu.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Zaharudin diarah menyerahkan satu laporan kerana “kita tak boleh siasat berdasarkan (apa yang ditulisnya) di media sosial”.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.