Jangan biar peneroka putih mata
Pihak
pengurusan tertinggi FELDA perlu mencari jalan penyelesaian isu Akta
Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 hingga memungkinkan peneroka berisiko
kehilangan hak ke atas tanah rancangan diusahakan sejak lebih 60 tahun
lalu. Ini berikutan wujud sekatan perundangan yang menghalang sebarang
pindah milik harta terbabit kepada generasi kedua.
Situasi ini menyebabkan statusnya berbeza dengan tanah biasa di bawah Kanun Tanah Negara.
Bayangkan, GSA 1967 mengundang masalah selepas peneroka meninggal dunia kerana tanah rancangan tidak boleh dipindah milik. Apa yang generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA dapat?
Kekangan untuk pemilikan tanah diwarisi ini boleh menyebabkan mereka berputih mata.
Benar, geran individu boleh dikeluarkan tetapi ia tetap tidak boleh dianggap milikan sempurna kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak. Pada pandangan kita, ia perjanjian bersifat sebelah pihak.
Sekatan aspek perundangan itu menyebabkan tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat yang sah boleh dilakukan ke atas tanah itu, melainkan dengan persetujuan bertulis FELDA. Kita amat berharap pihak pengurusan FELDA membuka mata atas isu seperti didedahkan akhbar ini demi kepentingan masa depan peneroka.
Usaha angkat martabat generasi muda
Kita amat mengalu-alukan persetujuan kerajaan untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara dalam kalangan belia berkelayakan yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang dan isu pembangunan belia. Namun, kita berharap mereka yang dilantik itu nanti adalah calon yang berwibawa.
Kita percaya usaha berkenaan dibuat sejajar dengan persetujuan kerajaan baru-baru ini untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Semua langkah ini amat tepat sekali kerana generasi muda selaku generasi pemimpin akan datang, secara beransur-ansur perlu diterap dan diberikan peranan dalam usaha mentadbir serta membangun negara.-B/H

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.