Maszlee tolak cadangan ajar subjek agama lain di sekolah, IPT
KLUANG, 19 Mei — Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya
diperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain, selain agama
Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT) tidak dipersetujui
oleh Kementerian Pendidikan.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata bagaimanapun beliau konsisten dengan cadangan kementerian sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas budaya.
Katanya,
berkongsi kebudayaan sesuatu kaum adalah lebih sesuai berbanding
mempelajari agama lain, ini kerana dibimbangi akan menimbulkan lebih
banyak kesan yang negatif berbanding yang positif
“Baru-baru ini sewaktu saya ke Pulau Pinang, saya telah lihat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ada kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan di negeri Johor kita ada Sekolah Islam Hidayah (SIH) yang aktif buat program bersama sekolah-sekolah vernakular lain.
“Jadi,
kita galakkan sekolah berlainan aliran ini untuk buat program silang
budaya ini dan biasanya silang budaya ini lebih kepada perayaan, pakaian
dan kalau boleh kita hendak pergi lebih jauh daripada itu untuk saling
memahami budaya masing-masing,” katanya, hari ini.
Beliau yang merupakan Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata sedemikian semasa sidang media Penyerahan Plak Program Bantuan Rumah Harapan di Kampung Parit Haji Hashim, di sini.
Dr Maszlee turut menegaskan perkara yang paling penting ialah penghayatan setiap pelajar untuk berinteraksi antara satu sama yang lain menerusi pelbagai aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan perpaduan dan bukannya mempelajari setiap agama yang lain.
Semalam, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha dilaporkan berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.
Katanya, cadangan berkenaan bukan bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi perpaduan akan dapat dipupuk apabila semua memahami sensitiviti penganut pelbagai agama di negara ini. — Bernama
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata bagaimanapun beliau konsisten dengan cadangan kementerian sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas budaya.
“Baru-baru ini sewaktu saya ke Pulau Pinang, saya telah lihat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ada kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan di negeri Johor kita ada Sekolah Islam Hidayah (SIH) yang aktif buat program bersama sekolah-sekolah vernakular lain.
Beliau yang merupakan Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata sedemikian semasa sidang media Penyerahan Plak Program Bantuan Rumah Harapan di Kampung Parit Haji Hashim, di sini.
Dr Maszlee turut menegaskan perkara yang paling penting ialah penghayatan setiap pelajar untuk berinteraksi antara satu sama yang lain menerusi pelbagai aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan perpaduan dan bukannya mempelajari setiap agama yang lain.
Semalam, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha dilaporkan berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.
Katanya, cadangan berkenaan bukan bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi perpaduan akan dapat dipupuk apabila semua memahami sensitiviti penganut pelbagai agama di negara ini. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.