Penghayatan sabar ketika memandu jamin keselamatan
Oleh Dr Muhamad Razak Idris
UMAT Islam diseru menghayati sifat sabar ketika memandu di jalan raya sepanjang menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini. Sifat sabar adalah satu nilai akhlak yang amat mulia di sisi agama Islam.
Sifat sabar mendidik umat Islam menahan diri daripada melakukan tindakan di luar batasan apatah lagi melanggar peraturan undang-undang, terutama ketika berhadapan dengan situasi atau persekitaran yang mencabar dan tidak menentu dalam urusan kehidupan.
Perjalanan di jalan raya dalam satu tempoh yang panjang dan berdepan dengan kesesakan adalah satu cabaran besar kepada pemandu. Pada situasi ini, sebagai pemandu, kita hendaklah meningkatkan tahap kesabaran dalam berhadapan cabaran demikian.
Bersabar di jalan raya menuntut kita mengikuti peraturan jalan raya yang sudah ditetapkan. Peraturan jalan raya bertujuan memastikan setiap kenderaan memperoleh hak-hak perjalanan dengan selamat. Ia membantu perjalanan lancar dan mengawal perlakuan pemanduan yang boleh mengancam keselamatan.
Oleh itu, pemandu tidak boleh sesekali memandu kenderaan dengan kelajuan yang berbahaya, memotong kenderaan lain dengan terburu-buru atau tidak memberikan isyarat kenderaan pada suasana sepatutnya.
Tingkatkan tahap kesabaran
Pengetahuan peraturan jalan raya ini hakikatnya dimiliki oleh setiap pemandu. Namun, tidak semua pemandu mematuhi peraturan jalan raya. Sebahagian mereka memandu secara tidak berperaturan sehingga mengancam keselamatan nyawa pengguna.
Hal ini berpunca daripada sikap tidak bersabar dalam pemanduan. Banyak dapatan mengenai punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan pemanduan yang cuai dan gopoh. Apabila seseorang pemandu melintas kenderaan secara gopoh, ia akan mengundang ancaman dan bahaya terhadap perjalanan.
Keadaan lebih berbahaya, terutama di jalan raya yang selorong pada ketika jumlah kenderaan semakin bertambah pada musim cuti atau perayaan. Dalam situasi sebegini, tidak ada jalan lain yang mengatasi dan mengurangkan ancaman bahaya perjalanan kecuali pemandu mesti meningkatkan tahap kesabaran pemanduan di jalan raya.
Secara umum, keadaan jalan raya di negara ini sudah mencapai kualiti dan piawai antara terbaik pada peringkat antarabangsa. Namun ternyata, kualiti jalan raya semata-mata belum sepenuhnya menjamin keselamatan perjalanan.
Tahap kemalangan, terutama di musim perayaan masih tinggi dan membimbangkan. Dalam mengatasi keadaan ini, faktor penghayatan kesabaran mesti dijadikan antara pendekatan dalam strategi mengukuhkan keselamatan di jalan raya.
Dalam erti kata lain, pemandu bukan sahaja diberi pengetahuan mengenai peraturan jalan raya, tetapi diberi latihan mengawal diri dan bersabar ketika berhadapan tekanan di jalan raya.
Kawal tekanan jiwa
Pada musim perayaan, tekanan jiwa, terutama disebabkan kesesakan jalan raya mudah mengundang sikap pemarah. Pemandu dinasihatkan untuk mengawal diri dalam pelbagai situasi yang menekan, terutama akibat kesesakan dengan bersabar.
Pemandu juga diingatkan supaya bersabar daripada mengeluarkan perkataan yang menyakiti pemandu lain atau melakukan tindakan keras dan ganas sekiranya ditakdirkan terbabit dengan sesuatu gangguan atau kemalangan ketika di jalan raya.
Setiap pemandu hendaklah sentiasa mengingatkan diri, iaitu semua pemandu di jalan raya sedang berhadapan dengan situasi yang menekan seumpama kita juga.
Oleh itu, semua pemandu hendaklah saling bertolak-ansur dalam berkongsi kemudahan jalan, hormat menghormati ketika memandu dan tidak membunyikan suara kenderaan dengan melulu atau dengan nada yang terlalu kuat sehingga mengganggu perjalanan serta mengundang kemarahan pemandu lain.
Pendekatan rohaniah dengan meningkatkan kualiti sabar dalam setiap diri pemandu akan dapat mengurangkan sebarang bentuk peristiwa yang tidak diingini di jalan raya. Jadikan jalan raya sebagai milik kita bersama dan hargailah rakan-rakan pemandu yang di jalan raya.
Bersabarlah ketika memandu semoga kita dapat tiba ke destinasi yang ditujui dengan selamat dan ceria.
Penulis merupakan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.