https://critoxium.com/shop/

Terkini

PH sedang dinilai rakyat - Johar

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

YAN: Pakatan Harapan (PH) sedang dinilai oleh rakyat dalam setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan ketika ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, berkata PH akan menghadapi masalah jika sesuatu perkara itu tidak disenangi rakyat.

“Rakyat membuat penilaian, sama ada kita (PH) berpegang teguh atau tidak dengan janji kita.
“Jika kita tidak berpegang teguh, kita akan menghadapi masalah dengan rakyat,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan lantikan berkenaan, Johari bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya berpegang teguh dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Kedah di Guar Chempedak, di sini.

Pada majlis itu dianggarkan 10,000 pengunjung hadir bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.