Zuraida hormati keputusan setiausaha akhbar letak jawatan
PUTRAJAYA:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Zuraida Kamaruddin secara
prinsip menghormati keputusan Ahmad Soffian Mohd Shariff yang meletak
jawatan sebagai setiausaha akhbarnya hari ini.
Zuraida dalam kenyataannya hari ini berkata, sudah menerima notis peletakan jawatan Ahmad Soffian melalui aplikasi WhatsApp.
“Namun memandangkan pada waktu ini saya masih berada di luar negara atas beberapa urusan, perkara ini akan diperhalusi sekembalinya saya di tanah air,” katanya yang menyifatkan Ahmad Soffian seorang kakitangan yang dedikasi dan sering memberikan komitmen tinggi terhadap tugasan.
Ahmad Soffian pada pagi ini menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada pihak media memaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan hari ini.
Ahmad Soffian ialah suami kepada peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor yang menarik diri dalam prosiding inkues kematian anggota bomba itu sebelum ini. – BERNAMA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.