Terima pelantikan Latheefa - Anwar
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Jemaah Menteri menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR itu berkata, polemik mengenai pelantikan bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PKR itu menerajui SPRM secara terbuka dalam kalangan pemimpin PH hanya akan menimbulkan kesan negatif terhadap kerajaan.
Namun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson melahirkan keyakinan yang Dr Mahathir dan pimpinan PH akan menilai semua pandangan dengan penuh prihatin dan menjelaskan kepada Kabinet dan Majlis Presiden PH mengenai pelantikan itu.
“Pelantikan Latheefa mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan PH, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
“Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan PH.
“Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Tun Dr Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Latheefa yang juga bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.
Pelantikan Latheefa menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpin PH kerana didakwa tidak selari dengan manifesto PH dan Akta SPRM, selain tidak dimaklumkan kepada Kabinet.
Malah, ada pemimpin PKR menjalankan kempen atas kapasiti peribadi dalam laman sosial mendesak Latheefa melepaskan jawatan menerusi petisyen internet.
Anwar yang juga Ketua Umum PH turut berkata, polemik yang timbul akan memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil selaras dengan kenyataan Dr Mahathir di Melaka hari ini yang mahu penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan mengelakkan daripada terikat dengan parti politik kerajaan.
“SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanan agensi itu,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.