https://critoxium.com/shop/

Terkini

Fokus kepada isu-isu yang dekat dengan hati rakyat

Oleh Bartholomew Chan

Beberapa hari yang lalu, penulis terbaca satu artikel yang terbit dalam sebuah portal berita mengenai kontroversi pemakaian lencana-lencana pangkat pada pakaian seragam Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya.

Semuanya gara-gara kerana komen sebuah parti politik yang mempertikaikan bagaimana KP SPRM itu boleh memakai begitu banyak lencana sedangkan beliau baru sahaja sebulan menerajui organisasi berkenaan.


Isu berkenaan kemudiannya dibalas dengan penjelasan oleh KP SPRM itu yang mana beliau menjelaskan bahawa lencana-lencana pangkat perlu dipakai olehnya selaku KP dan ia adalah berdasarkan perintah tetap.

Kepada parti politik tersebut yang membangkitkan isu tersebut, bukankah lebih baik jika anda memberikan tumpuan kepada isu-isu yang lebih mendesak umpamanya bagaimana untuk membantu SPRM memerangi gejala rasuah?

Bukankah lebih baik jika parti politik tampil ke hadapan dengan cadangan atau syor bernas bagaimana untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dalam negara?

Justeru, apa keperluan dan kewajarannya untuk membangkitkan isu berkenaan?

Jika ingin meraih sokongan sekalipun, ketengahkan isu-isu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Isu kos sara hidup yang tinggi masih menjadi topik bualan kebanyakan rakyat marhaen. Dalam isu tersebut, apa pendirian mereka berhubung perkara berkenaan?

Apa yang dimahukan oleh rakyat bukanlah sentimen politik dan budaya berpolitik murahan yang tidak berkesudahan tetapi pihak yang boleh membela dan memperjuangkan nasib rakyat sepanjang masa.

Hakikatnya, terlalu banyak isu yang dipolitikkan ketika ini dan ternyata ia adalah tidak perlu.
Sekiranya parti politik berpandangan bahawa tindakan mengungkitkan perkara-perkara sedemikian boleh membantu mereka meraih undi, mereka mungkin tersilap.

Tidak dinafikan, trend pengundian masih terikut-ikut dengan garis perkauman namun para pengundi bijak untuk membezakan cerita yang sahih dan konkrit daripada yang tidak sahih serta berbaur politik semata-mata.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.