Isu-isu yg dimainkan tidak lebih untuk mengganggu tadbir urus
Oleh Shah Iskandar
Pasca PRU ke 14, politik negara terus dihantui dengan sentimen dan suhu yg tidak menentu. Bermula dengan pengumuman kemenangan parti PH oleh pengerusi SPR sehinggalah kini seperti tidak surut-surut isu-isu yg dimainkan oleh UMNO dan PAS. Apa yg dikesali isu-isu yg dimainkan adalah lebih kepada isu agama dan kaum semata-mata.
Contohnya seperti isu ICERD, isu perlantikkan jawatan-jawatan utama dalam kerajaan semuanya ingin digambarkan seolah-olah agama islam dan kaum melayu berada dalam keadaan yg sangat kritikal tetapi realitinya isu-isu yg dimainkan tidak lebih untuk mengganggu tadbir urus dan meresahkan kehidupan pelbagai kaum di malaysia. Oleh yg demikian, kini sudah sampai masanya budaya politik garis tengah perlu dipraktikkan.
Budaya politik yg lebih sederhana dan tidak memainkan isu-isu sensitif serta berani berdebat serta berdialog secara bersemuka tanpa syarat akan melahirkan masyarakat yg lebih bertamadun.
Lagi satu masyarakat perlu dididik untuk lebih kritikal terhadap isu-isu rasuah dan salahguna kuasa, penjagaan keluarga dan masyarakat, tanggungjawab kepada alam sekitar dan lain-lain lagi budaya positif yg perlu diamalkan.
Sebenarnya untuk kita melahirkan masyarakat madani ataupun masyarakat bertamadun ini bukanlah satu perkara yg mudah, institusi seperti sekolah ataupun universiti perlu diperkasakan.Peranan ahli masyarakat seperti iman-iman ataupun ketua kampung perlu di kuatkan.
Program-program anak muda dan belia perlu di perbanyakkan dan di praktikkan unsur-unsur masyarakat harmoni dan penyayang.
Media-media dimalaysia perlulah mempergiatkan penerbitan filem dan drama yg lebih praktikal untuk mendidik penonton.
Kursus-kursus penjawat awam dan swasta perlulah disemarakkan dengan semangat cintakan tanah air dan menyemai budaya toleransi sesama kita.
Perkara-perkara yg saya senaraikan diatas mungkin sebahagian sahaja kaedah-kaedah yg boleh dipraktikkan untuk menyemai budaya baru dalam kalangan rakyat.
Kesemua agenda itu mungkin tidak akan berhasil sekiranya isu-isu ekonomi serta kos hidup rakyat tidak diselesaikan. Kesenjangan ekonomi antara orang kaya dan miskin perlulah dirapatkan. Peluang pekerjaan di kalangan rakyat terutamanya golongan belia perlu diperbanyakkan.
Pembayaran gaji yang setimpal dlm kalangan rakyat perlu menjadi fokus utama kerajaan buat masa ini.
Semoga apa yg dikongsi ini ada manfaat untuk kita semua. Sekian

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.