Sama seperti kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata mereka berdua masih sepasukan.
Timbalan presiden PKR itu juga menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan mereka berdua.
"Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.
"Kamu (media) janganlah provoke presiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama,"
katanya kepada pemberita selepas acara Majlis Doa Kesyukuran untuk
Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam,
malam tadi
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman
PKR di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam "satu pasukan".
Azmin tidak hadir di pemukiman tersebut. Menurutnya beliau ada "urusan rasmi di luar negara" dan baru pulang hari ini.
Sejumlah pemimpin PKR yang menyokongnya juga tidak hadir.
Turut
hadir dalam masjlis doa kesyukuran itu ialah pemimpin PKR yang dilihat
sebagai penyokong Azmin antaranya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari;
Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib
Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar
Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.
Selain
itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin
Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.
Beberapa hari lalu, di tengah-tengah kes klip video seks yang mengaitkan Azmin, Khairuddin membuat laporan polis bagi menggesa menyiasat klip video seks yang pernah dikaitkan dengan Anwar beberapa tahun lalu.
PKR
untuk beberapa tempoh terbahagi kepada penyokong Anwar dan Azmin namun
keadaan itu kelihatan bertambah buruk sejak beberapa bulan ini susulan
tersebarnya video seks yang mengaitkan Azmin.
Bagaimanapun Anwar semalam dalam kenyataan menyambut baik makluman polis bahawa Azmin tidak terlibat dalam video itu.
Hari ini pula beliau berkata mereka berdua "perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap".
"Ia
adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya
parti (sebagai timbalan presiden)," kata Anwar di akhir pemukiman PKR
hari ini.
Pada masa sama, sejumlah 120 pemimpin PKR menandatangani resolusi menyokong penuh kepimpinan Anwar sebagai presiden PKR.
Jangan laga-lagakan kami, kata Azmin
Reviewed by editorreformis
on
Julai 22, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohd Anuar Tahir berkata, AMANAH yang dikatakan sebuah parti nyamuk suatu ketika dahu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.