PETALING JAYA: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mahu kerajaan
negeri Terengganu menyemak semula semua lesen dan kegiatan pembalakan
yang dijalankan oleh syarikat persendirian.
Persatuan berkenaan membuat gesaan itu selepas menerima laporan yang
mendakwa kawasan di sekeliling tapak pelancongan terkenal di negeri
tersebut di Tasik Kenyir tercemar akibat kegiatan pembalakan.
Pengerusi MNS negeri Terengganu, Wong Chee Ho berkata, operator
pelancongan tempatan dan MNS telah mengemukakan gambar terbaru Tasik
Kenyir yang menunjukkan airnya yang sebelum ini jernih kini menjadi
berlumpur.
“Kegiatan pembalakan mampan perlu menimbangkan kesan alam sekitar di dalam dan juga di luar sempadan kawasan konsesi membalak.
“Bagaimanapun bukti terbaru menunjukkan konsesi membalak yang diluluskan merosakkan alam sekitar,” katanya hari ini.
Wong berkata, mata pencarian operator pelancongan tempatan di Terengganu menerima kesan buruk daripada kegiatan pembalakan. Mata
pencarian operator ekopelancongan tempatan bergantung pada produk
terbaik yang ditawarkan oleh alam semula jadi. (Gambar MNS)
“Operator pelancongan tempatan mendapat manfaat daripada aktiviti
ekopelancongan dengan bergantung pada produk terbaik yang ditawarkan
oleh alam semula jadi,” katanya.
Semalam exco pelancongan, kebudayaan dan teknologi maklumat negeri,
Ariffin Deraman berkata, ia telah menghentikan semua kegiatan membalak
di Air Terjun Lasir, berdekatan Tasik Kenyir.
Ariffin berkata, melalui Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri
mengarahkan pemegang lesen membalak mengambil langkah kawalan bagi
mengurangkan pencemaran yang berlaku.
Dalam pada itu Wong berkata, arahan kerajaan negeri supaya kegiatan pembalakan ditangguhkan tidak memadai.
“Kami percaya manfaat alam sekitar yang sihat adalah untuk kepentingan semua orang, terutamanya rakyat Terengganu.
Kerajaan Terengganu perlu semak semula lesen membalak
Reviewed by editorreformis
on
Julai 22, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohd Anuar Tahir berkata, AMANAH yang dikatakan sebuah parti nyamuk suatu ketika dahu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.