Mat Sabu terkilan tengok markas PAS sekarang
BANYAK markas PAS, yang dulu dibangunkan hasil derma daripada
penyokongnya, sekarang digunakan oleh parti Islam itu dalam programnya
bersama Umno, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Bekas timbalan presiden PAS itu mengaku sedih kerana markas itu digunakan bersama Umno, yang parti Islam itu lawan dulu, namun beliau reda.
“Berpuluh tahun rakan-rakan pimpinan dan saya sendiri dibawa untuk berceramah bagi memungut derma bagi membina markas-markas tersebut yang menjadi pusat tarbiah kepada rakyat.
“Alhamdulillah, walaupun kami tidak lagi bersama dengan parti tersebut, kami reda markas-markas ini terus dihidupkan.
“Tetapi sebulan dua ini agak sedih bila ia digunakan bersama Umno yang kami lawan dulu, termasuklah membawa ‘bossku’ (Najib Razak) yang terpalit dengan kes rasuah terbesar pada abad ini ke markas yang dibina dengan wang rakyat tersebut,” katanya hari ini.
Mohamad yang juga menteri pertahanan, merakamkan kenangannya tentang markas PAS itu dalam satu catatan selepas melakukan lawatan kerja ke Kedah.
Beliau membayangkan daripada pemerhatiannya penyokong PAS di kawasan yang dilawatinya mula nampak apa yang sedang berlaku.
“Semoga dengan rasminya terbentuk gabungan PAS dan Umno minggu lalu, menyedarkan ramai pihak yang tidak mempercayainya sebelum ini, sekali gus melahirkan gelombang baru perjuangan rakyat di daerah istimewa ini,” katanya.
Mohamad menutup catatan kenangannya dengan mesej kepada PAS dan Umno: “Selamat bergabung!”
Dalam lawatan itu, beliau dibawa menziarahi rakan lama di Madrasah Misbahul Falah atau dikenali Pondok Lanai, di Baling – tempat yang jadi saksi perjuangan PAS melawan Umno.
Pondok Lanai ialah tempat alim ulama di Kedah diketuai Omar Zuhdi membuat keputusan Ibrahim Libya dan mereka yang ditembak oleh polis di Kampung Memali pada November 1985 sebagai mati syahid.
Semua 13 korban Peristiwa Memali juga dikebumikan dekat madrasah itu.
Dalam perjalanannya melalui Pendang, Sungai Tiang, Jeneri, Sik, Parit Panjang dan Baling, Mohamad juga mengimbau kenangan perjuangan termasuk dikepung polis dalam satu ceramah politik.
“Lawatan kelmarin cukup berbekas di hati khususnya mengenangkan rakan-rakan lama yang sudah pergi menghadap Ilahi, peristiwa Memali dan pelbagai peristiwa lain yang kami lalui di daerah ini,” katanya.
Umno dan PAS bulan ini dijangka memeterai piagam kerjasama yang sedang dirangka oleh dua naib presiden kedua-dua parti itu.
Minggu ini, dua parti yang kini pembangkang di Parlimen itu bersama-sama membuat kenyataan senada meletakkan syarat kepada kerajaan sebelum mereka boleh menyokong usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan umur mengundi.
Selepas termeterainya piagam kerjasama bulan ini, Umno dan PAS dijangka mengadakan satu rapat umum besar-besaran atas nama perpaduan Melayu dan Islam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.