https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sidang Parlimen Jadi Kandang Babi ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sidang parlimen hari ini tertangguh selama 21 minit apabila berlaku kekecohan (pertengkaran) antara wakil Pasir Salak (Tajuddin Abdul Rahman) yang enggan akur dengan arahan Timbalan Speaker Nga Kor Ming.

Kor Ming telah memerintah Pasir Salak (Tajuddin Rahaman) keluar dewan mengikut Peraturan Tetap 44(2), apabila sengaja membuat kecoh dan enggan mematuhi kepada arahan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker juga telah mengarah Bentara menjalankan tugas membawa keluar Pasir Salak, namun gagal. Gara-ara itu, Kor Ming tambah penggantungan Pasir Salak daripada menghadiri sidang daripada dua hari kepada empat hari.

Lebih lima kali Kor Ming mengarahkan Pasir Salak keluar mengikut peraturan Tetapan 44(2) itu namun Pasir Salak tetap berdegil dan terus menyalak. Disebabkan tindakan itu tidak konsisten beberapa wakil pembangkang termasuk Ketua Pembangkang Bera (Sabri Yaakob) bangun membela Pasir Salak.

Dalam pertengkaran itu keluar bermacam-macam kata-kata kesat dan Pasir Salak mencabar kedudukan Timbalan Speaker. Dua kali Pasir Salak menyebut perkataan "muka macam Komunis" perkataan yang unparliamentary, namun tidak diperapa-apakan oleh Timbalan Speaker.

Saya memerhati penuh minat, kesal dan benci kepada situasi sidang itu. Ia sesuatu yang menjengkelkan dan memberi gambaran Parlimen kita diperlakukan macam kandang babi sahaja. Ahli dewan tidak langsung mematuhi peraturan dan tidak beretika etika dan menurut peraturan Dewan.

Mengenai kekecohan itu apa yang dapat saya simpulkan, bahawa ada anggota Dewan sengaja melakukan provokasi dalam hal ini terhadap Timbalan Speaker Kor Ming kebetulan daripada DAP. Ada unsur perkauman cuba ditimbulkan.

Kedua, kegagalan Bentara untuk mematuhi arahan Timbalan Speaker. Dalam hal ini timbul persoalan, dua atau tiga Bentara yang menghampiri Pasir Salak untuk membawa keluar Pasir Salak itu; mereka bertanggungjawab dan menghormati kepada siapa? Kepada Pasir Salak atau pun Timbalan Speaker. Kenapa mereka tidak mengangkat Pasir Salak keluar walaupun sudah diarah beberapa kali.

Apa yang berlaku dalam sidang parlimen tadi perlu dinilai sebaik mungkin oleh orang ramai khasnya pengundi di luar sana. Negara dan rakyat akan tidak mendapat laba kalau menghantar wakil rakyat yang sengaja membuat onar dan kecoh dalam parlimen bukannya untuk membawa suara nurasi hati rakyat.

Kita berharap khas kepada Speaker, Timbalan Speaker dan juga kakitangan pembantunya, penguat kuasa undang-undang parlimen seperti Bentara, hendaklah tegas dan berani dalam menjalankan kerja yang diarah. Trims.








Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.