https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jahui Provokasi Dan Propaganda Perkauman Yang Sempit

Oleh Md Zulaimi Kazin

Propaganda telah dirancang dan dibina untuk memgelirukan orang melayu dengan meletakkan kesusahan dan kesulitan orang melayu hari ini angkara bangsa DAP.

Orang melayu ketinggalan dan gagal berdaya saing dgn bangsa lain sebab orientasi politik yang dibawa oleh pemimpin2 melayu dalam UMNO dulu.

Pemimpin UMNO dulu lebih suka melayu mundur agar orang melayu menjadi abdi kepada pemain politik UMNO, mereka mahu menjadikan kehidupan melayu ini bergantung sepenuhnya kpd UMNO supaya senang dicucuk hidung.

 Akhirnya orang melayu terbelengu dibawah kepompong yg dibina UMNO dan merasakan diri mereka kuat sebab mereka digambarkan bhw melayu kuat sbb kita menguasai kerajaan sedangkan hakikatnya EKONOMI telah dikuasai oleh bangsa lain.

Orang melayu hanya kuat dalam sektor perkhidmatan awam tapi dalam industri kita terpelanting dipenjuru yg terpencil. Cuba senaraikan industri apakah yg melayu kuasai?

60 tahun melayu kuasai kerajaan melalui UMNO dan selama itulah hidup kita ditongkatkan sepenuhnya oleh UMNO sehingga gagal nak berjalan sendiri.

Baru sekarang, kita lihat betapa peluang untuk majukan diri begitu besar terutama sektor pertanian.

Sekarang orang melayu sdh berani buat ladang durian besar2an, ladang tembikai dan sayur2an dan FAMA telah mula mengatur langkah yg sewajarnya untuk memasarkan hasil ladang.

Apakah kita orang melayu sudah lupa siapa yg hampir menjahanamkan TH, FELDA dan MARA?

Perlulah diingat, andainya propaganda anti perkauman ini mencetuskan perbalahan kaum dan menjadikan negara dalam keadaan huru hara, apa hasil yg kita akan tuai nanti?

Aktiviti pertanian dan ekonomi pasti akan terjejas, gangguan pada perjalanan pentadbiran dan persekolahan akhirnya siapa yg rugi.

Pencetus dan penaja provokasi lepas nih sdh senang lenang dalam penjara, rakyat diluar yg kena tanggung akibatnya.

Oleh itu kita sama2 hapuskan provokasi ini dan harap Cina dan kaum2 lain tidak terpengaruh dan terpanggil utk membalas provakasi ini agar segalanya akan terkawal.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 62.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.