https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jalur Gemilang terbalik imej palsu, cuba wujudkan persepsi ‘bukan-bukan’

KUALA LUMPUR, — Setiausaha politik Lim Kit Siang percaya pihak tertentu merancang mahu mewujudkan persepsi kononnya wujud kempen Jalur Gemilang terbalik.

“Ada usaha untuk wujudkan persepsi ada kempen terbalikkan bendera. Menggunakan imej lama, imej kesilapan baru-baru dan imej yang diedit,” tulis Syahredzan Johan di Twitter hari ini.

Beliau turut memberi contoh foto Jalur Gemilang terbalik pada 2016 ditularkan semula dipercayai merujuk kes melibatkan ibu pejabat polis daerah Seremban.

“Tidak dinafikan, ada kejadian baru-baru ini. Contohnya apa yang IGP cakap terjadi di Pahang. Tetapi ia bukan usaha atau kempen apa-apa,” katanya merujuk kes di sebuah sekolah di Pahang.
Peguam itu turut mendedahkan kiriman WhatsApp yang memberi gambaran seolah-olah “perang perkauman akan berlaku” dengan memetik nama seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagaimanapun, pengurusan USM dalam kenyataan media hari ini menyebut Dr Rauf Lim yang dinamakan dalam kiriman WhatsApp yang tular sebagai profesor anjung USM, tidak wujud di menara gading tersebut.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.